IbuBapa dan penjaga kini boleh memeriksa keputusan peperiksaan pelajar diatas talian (on line) melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
Untuk sekolah rendah, pada masa kini SAPS hanya menyediakan semakan untuk darjah 3, 4, 5 dan 6 sahaja. Untuk membuat penyemakan, IbuBapa perlu mempunyai No MyKid atau No Sijil Lahir pelajar.
Diantara lain, SAPS diwujudkan untuk kemudahan pengguna-pengguna di setiap peringkat warga Kementerian Pelajaran Malaysia supaya boleh melaksanakan tuguas-tugas pengumpulan data secara lebih sistematik dan praktikal berkaitan, Head-count, data mata pelajaran, enrolmen murid, data guru dan profil sekolah.
Sila rujuk laman web http://saps.moe.gov.my/ (untuk menu utama) atau http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php (untuk menu semakan)