Skim Bantuan Akademik oleh Baitulmal MAIWP

Adalah dimaklumkan bahawa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“Baitulmal MAIWP”) ada memberi bantuan zakat kepada asnaf yang terdiri dari warga Wilayah Persekutuan yang layak.

Pemohon yang layak memohon bantuan zakat adalah tertakluk kepada syarat-syarat umum berikut:

1. Islam.
2. Warganegara Malaysia.
3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan (sila rujuk kepada MAIWP untuk definisi mastautin).
4. Pendapatan kurang atau tidak sampai kepada had mencukupi (had kifayah)

Untuk makluman, pemohon yang telah sudah mendapat Bantuan Kewangan Bulanan dari pihak Baitulmal MAIWP masih boleh memohon pelbagai skim bantuan lain yang disediakan oleh pihak Baitulmal MAIWP seperti Skim Bantuan Akademik. Walaubagaimanapun, kelulusan bantuan akan diberikan mengikut prosedur dan syarat sepertimana yang telah ditetapkan.

Pemohon boleh mengunjungi kaunter Baitulmal MAIWP yang dibuka pada hari bekerja dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang untuk mendapatkan borang bantuan serta sesi penerangan oleh petugas kaunter. Borang Permohonan Skim Bantuan Akademik oleh MAIWP boleh dimuat turun di sini.

Permohonan untuk pemohon yang masih berada di bawah tanggungan (bawah umur 18 tahun) mestilah dibuat atas nama Ketua keluarga/ Waris pemohon/ Penjaga.

Sila hubungi Baitulmal MAIWP untuk maklumat lanjut.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Aras 1, 7, 9-11, Bangunan Perkim
No. 150, Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
Tel : 03-4047 9444
Fax : 03-4044 9444

(Sumber : http://www.maiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan/bantuan-zakat-maiwp)

4 responses to “Skim Bantuan Akademik oleh Baitulmal MAIWP

  1. Assalam, berapa tempoh menunggu untuk tahu permohonan tu lulus atau gagal?

  2. assalamualaikum,warga dari sabah bolekah memohon baitul mal ?

  3. Salam Sejahtera,

    Syarat Penerima Bantuan:
    1. Beragama Islam.
    2. Warganegara Malaysia.
    3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari setahun.
    4. Pendapatan kurang atau tidak sampai kepada had mencukupi (had kifayah)

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

    Sekian,

  4. ahmad pauzi bin samsudin

    Bolehkah saya meminta bantuan yuran pendaftaran sek tadika perpaduan untuk anak saya

Leave a comment