Axiata Young Talent Programme/ National Secondary School Programme oleh Yayasan Axiata

Untuk mengakses borang permohonan, anda dikehendaki memberi maklumat lanjut alamat emel, nombor kad pengenalan/surat beranak dan pilihan untuk kata laluan. Emel anda berfungsi sebagai nama pengguna anda. Sila pastikan kata laluan dirahsiakan pada setiap masa.

Anda boleh mengakses borang permohonan in pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup biasiswa. Semua permohonan hendaklah dihantar secara online dan sampai ke pihak kami sebelum tengah malam, 7 September 2012. Sila ambil perhatian: keputusan Axiata adalah muktamad. Dan hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi bagi proses pemilihan yang seterusnya. Pada sebarang masa, anda boleh memeriksa status permohonan selepas permohonan dihantar. Anda cuma perlu mengakses menggunakan kata laluan anda.

Anda layak memohon biasiswa ‘National Secondary School Programme’ jika anda memenuhi kriteria berikut:
1. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia
2. Telah mencapai sekurang-kurangnya lima A dalam ujian percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
3. Adalah pelajar terbaik (“top ten”) dalam Darjah 4, 5 dan 6 di sekolah rendah
4. Aktif dalam sukan, kelab dan persatuan, dan/atau seni persembahan
5. Fasih dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, dan kefasihan dalam bahasa lain adalah digalakkan
6. Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan luar bandar

Sila pastikan anda ada maklumat berikut sebelum mengisi borang permohonan:
1. Butir-butir biasiswa adik-beradik (jika berkenaan)
2. Butir-butir pekerjaan ibu-bapa, termasuk majikan dan gaji bulanan akhir diterima
3. Keputusan ujian percubaan UPSR
4. Penglibatan ko-kurikulum (jika berkenaan)

Sila rujuk sesawang http://axiata.ablemenprojects.com/2012/secondary/sec_landing_page.php?banner=1 untuk maklumat lanjut.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s