Hubungan rapat guru, PIBG rahsia kejayaan

SABTU, 2010 NOVEMBER 13

2010/11/13

KUALA LUMPUR: Hubungan rapat dengan guru, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) serta melaksanakan pelbagai aktiviti dalam dan luar sekolah adalah antara faktor kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, di sini, apabila 75.25 peratus muridnya berjaya memperoleh A dalam sesuatu subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Sekolah itu menduduki tangga teratas sekolah cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 106 daripada 204 calonnya berjaya memperoleh 5A berbanding 76 calon tahun lalu. Ia juga antara enam sekolah rendah diumumkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akhir Januari lalu.

Guru Besarnya, Nik Nab Sulaiman, berkata keputusan kali ini juga menunjukkan peningkatan 11.25 peratus terhadap keputusan muridnya yang mendapat keputusan 5A iaitu kepada kira-kira 51 peratus berbanding 40 peratus, tahun lalu.

Bagi keputusan tahun ini, 105 daripada 204 murid mendapat keputusan 5A, 32 orang mencatat keputusan 4A dan 1B. Melalui keputusan ini juga pihak sekolah dapat mengatasi Gred Purata Sekolah (GPS) yang ditetapkan iaitu 1.39 kepada 1.35, katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.

Nik Nab yang mula berkhidmat di sekolah itu sejak tujuh tahun lalu berkata, beliau sering mengadakan perbincangan dengan guru terutama ketua guru panitia untuk merancang dan membuat strategi meningkatkan prestasi sekolah dan murid.

Selain itu, setiap ketua guru panitia yang dipilih mengikut subjek juga berperanan memantau keupayaan guru yang diselia, katanya.

Nik Nab berkata, bagi peringkat murid pula, sekolah itu mengadakan pelbagai aktiviti bersama agensi dan badan kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi membolehkan muridnya menimba ilmu lebih mendalam mengenai pemahaman serta pengucapan terutama dari sudut syair dan puisi.

Berita Harian Online: 13 November 2010

 

One response to “Hubungan rapat guru, PIBG rahsia kejayaan

  1. tepat sekali,hubungan baik ibu bapa n guru amat perlu.kadang2 ada ibubapa yg cuba utk bkerjasama membantu pihak sekolah dlm menangani masalah pelajar,tp tanpa aluan mesra dr pihak sekolah,perkara itu dibiarkn saja.
    begitu juga dgn guru..jika masalah diajukn pd ibubapa tp d biarkan saja.
    mungkin patut buat post mortem..kena mesyuarat pibg…x ramai dtg..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s