Kekangan Guru Akan Diatasi kata YB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kosmo Online – 19 Jun 2012

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu kemanusiaan menjadi antara faktor utama menyebabkan masalah penempatan guru masih berlaku sehingga menimbulkan masalah kekurangan guru di sesetengah sekolah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelajaran tidak dapat memenuhi tuntutan sebenar keperluan guru di sekolah-sekolah apabila rayuan diterima daripada guru setiap kali arahan perpindahan dikeluarkan.

“Guru adalah golongan yang dekat dengan masyarakat dan apabila telah tinggal lama di sesuatu tempat, sudah bersuami atau beristeri dan beranak-pinak.

“Apabila kami memerlukan pertukaran berlaku atau penempatan semula di tempat-tempat yang berlaku kekurangan guru, kami menghadapi masalah,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selain rayuan daripada guru berkenaan, kadang-kadang wujud campur tangan orang politik yang memberikan surat sokongan supaya perpindahan tidak dilakukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s