Penjelasan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkenaan tujuan KPM meletakkan kejohanan sukan sekolah pada bulan Jun atau bulan-bulan seterusnya

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS dalam ruangan Rakan@bh akhbar Berita Harian bertarikh 28 Jun 2012.

KPM merujuk kepada SMS berikut:

1. Minta Kementerian Pelajaran perjelaskan kepada umum mengenai arahan sukan tahunan diadakan pada Jun. Ramai ibu bapa salahkan pihak sekolah. (Kasihan:BHA36225)

2. Kasihan, saya memang tahu takwim olahraga sekolah diadakan bermula Jun arahan Kementerian Pelajaran, tetapi tidak sesuai. (Ruffey:BHA20234)

Tujuan KPM meletakkan kejohanan sukan sekolah pada bulan Jun atau bulan-bulan seterusnya adalah untuk memastikan murid kumpulan B (murid-murid yang berkemahiran rendah serta kurang aktif ) dan C (murid yang kurang berminat dan tidak melibatkan diri dalam sukan) menjalani latihan yang konsisten sebelum menyertai Kejohanan Olahraga Sekolah (KOS). Di samping itu, latihan selama 6 atau 7 bulan daripada awal tahun sehingga bulan Jun adalah berdasarkan kepada konsep periodisasi dan prinsip latihan yang meliputi fasa persediaan, fasa pra-pertandingan dan fasa pertandingan. Latihan yang terancang seperti latihan rumah, sukan tara dan merentas desa dapat membina kemahiran, kemampuan biomotor dan sifat-sifat psikologi untuk menyediakan murid ke tahap prestasi yang optimum. Ia bukan sahaja memastikan prestasi yang baik malah dapat mengelak kecederaan serius daripada berlaku.

(Diterbitkan Oleh: Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia – http://www.moe.gov.my/?id=168&aid=2791)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s