Pengurusan Berat Badan Murid Sekolah (BMI) dan Penjualan Makanan dan Minuman Sihat di Kantin Sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Surat Siaran KPM (Bilangan 23 Tahun 2012) bertarikh 27 Jun 2012 memaklumkan bahawa isu berkaitan obesiti merupakan antara penyumbang utama kepada masalah penyakit tidak berjangkit seperti jantung, darah tinggi, kencing manis dan beberapa jenis kanser. Obesiti biasanya berkaitan dengan amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal.

Bagi melaksanakan tindakan mengawal dan mencegah masalah ini di peringkat awal, KPM telah bersetuju agar semua sekolah hendaklah mengambil tindakan berdasarkan langkah-langkah seperti berikut:

1. Semua rekod kesihatan murid hendaklah dikemaskini menggunakan Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM) yang dikeluarkan oleh KPM;

2. Status BMI (Indeks Jisim Tubuh) murid yang dikenalpasti berlebihan berat badan, obes atau susut teruk perlu dimaklumkan kepada Ibu Bapa murid tersebut untuk mendapat nasihat daripada Pejabat Kesihatan Daerah/ Klinik Kesihatan;

3. KPM telah mengedarkan buku Panduan Kantin Sekolah Sihat dan Poster Jadual Makanan Serta Kandungan Kalori ke semua sekolah pada bulan Disember 2011. Bahan-bahan tersebut hendaklah dijadikan panduan kepada pihak pengurusan sekolah dalam membimbing dan menasihati murid serta pihak pengurusan kantin sekolah.

Untuk kandungan penuh Surat Siaran KPM, sila klik di Sini (Surat Siaran KPM).

(Sumber: http://www.moe.gov.my/)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s