Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor

Maklumat Am

Sasaran pelajar adalah pelajar kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Pemilihan pelajar dibuat dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia Melalui Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kriteria pemilihan adalah pelajar yang mendapat 5A atau 4A 1B dalam peperiksaan UPSR tahun terbaru. Dengan ini pelajar akan ditempatkan di Asrama Pusat dan Asrama Daerah Yayasan Selangor.

Dasar Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor bagi Tingkatan Satu

1. Pemohon hendaklah seorang rakyat Malaysia.
2. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor Atau; Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 Atau; Pemohon lahir di Negeri Selangor dan Ibu bapa pemasatutin tetap lebih 10 tahun di Negeri Selangor.
3. Pemohon bersekolah dalam Negeri Selangor dan keutamaan dari Luar Bandar
4. Pemohon mendapat 5A atau sekurang-kurangnya 4A 1B dalam UPSR terbaru
5. Pemohon sihat fizikal, metal dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan ia bergerak atau berjalan seperti turun bas, bersukan dan sebagainya.

Dasar Mengekalkan Pelajar Dalam Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor

1. Menetapkan kelulusan kepada pelajar-pelajar untuk kekal di bawah tajaan Yayasan Selangor adalah seperti berikut:
(a) Kelulusan mimina adalah 60% bagi pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Empat bagi keputusan peperiksaan akhir tahun.
(b) Kelulusan bagi pelajar yang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) adalah 5A ke atas dengan keutamaan subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains mendapat gred A.
(c) Peperiksaan yang diambil kira adalah peperikasaan Akhir tahun sahaja sementara Ujian Pertengahan Tahun adalah peringatan kepada pelajar-pelajar.

2. Pelajar-pelajar yang didapati melanggar peratusan sekolah terutama digantung dan dibuang sekolah secara automatik akan terkeluar daripada tajaan Yayasan Selangor

Untuk maklumat lanjut, IbuBapa diminta merujuk kesesawang http://www.yayasanselangor.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=65&Itemid=69.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s