Ikut panduan kutipan, bayaran sekolah

PUTRAJAYA 26 Dis. – Pihak sekolah perlu mematuhi garis panduan kutipan dan  bayaran persekolahan murid di sekolah kerajaan serta sekolah bantuan kerajaan  pada awal sesi persekolahan tahun depan.

Timbalan Ketua Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Sufa‘at Tumin berkata,  pematuhan itu bagi mengelak sebarang kekeliruan berhubung pemansuhan bayaran  tambahan persekolahan.

Katanya, pihak sekolah hanya perlu menumpukan perhatian kepada pelaksanaan  proses pengajaran dan pembelajaran.

“Murid-murid hanya perlu menyediakan keperluan asas persekolahan sewaktu  mendaftar seperti seragam sekolah, alat tulis, buku latihan dan peralatan  teknikal.

“Pada masa sama, langkah ini dapat mengurangkan bebanan ibu bapa yang telah  membuat perbelanjaan persiapan persekolahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar penggal persekolahan 2013 di sini  hari ini.

Sementara itu, Sufa‘at mengingatkan pihak sekolah agar tidak melakukan  pemotongan terhadap bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 yang akan mula  dibayar pada 15 Januari depan.

“Bantuan hendaklah diagihkan selewat-lewatnya pada 15 Februari 2013,”  katanya.

Jelas beliau, mereka yang layak adalah pelajar warganegara Malaysia tingkatan  satu hingga lima di sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, sekolah agama negeri,  sekolah agama rakyat dan sekolah swasta.

Pada masa sama, katanya, terdapat 157,149 pelajar bakal menerima bantuan  baucar buku bernilai RM250.

“Mereka yang layak adalah warganegara yang belajar di Institut Pendidikan  Guru, kolej matrikulasi, tingkatan enam atas dan setaraf yang aktif pada 1  Januari hingga 31 Mac 2013.

“Tempoh penggunaan baucar dari 1 Januari hingga 31 Mei sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pemantauan Akhir 2012 dilaksanakan  secara bersepadu pada 17 hingga 28 Disember melibatkan bahagian-bahagian  kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dalam memastikan persediaan  sekolah.

Katanya, Pemantauan Awal Tahun 2013 juga akan dilaksanakan oleh pihak Jemaah  Nazir dan Jaminan Kualiti bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran  berjalan seawal hari pertama persekolahan.

(Sumber Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121227/dn_06/Ikut-panduan-kutipan,-bayaran-sekolah#ixzz2GcHAHmZM ©  Utusan Melayu (M) Bhd)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s