Orang ramai digesa manfaat Talian Nur

pix_gal1

Kuala Lumpur : Orang ramai digesa memanfaatkan penggunaan Talian Nur 15999 yang diwujudkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebagai kemudahan melaporkan sebarang masalah sosial, termasuk kes penculikan kanak-kanak.

Pengerusi Kebangsaan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Malaysia (MPWK), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata talian yang dibuka sejak dua tahun lalu itu kurang digunakan khususnya dalam melaporkan kejadian yang berlaku di sekeliling mereka.
“Mereka lebih suka melapor terus kepada polis, tidak salah (cara itu), tetapi dalam kes seperti kehilangan kanak-kanak, kes penderaan, kecemasan keluarga dan orang tua sakit, elok juga jika mereka menghubungi talian (Nur) ini tindakan lebih segera boleh diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program sekampung sempena Tahun Baru Cina untuk masyarakat Cina yang memerlukan di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, semalam. Pada majlis berkenaan, seramai 150 penerima menerima bantuan Gong Xi Fa Cai daripada MPWK.

Talian Nur diperkenalkan Januari 2011 beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Setiap panggilan yang diterima, pihak pengurusan pusat panggilan iaitu KPWKM dan polis akan berperanan merakam panggilan itu, mengumpul data, sebelum tindakan diambil.

(Sumber: Berita Harian 8 Februaru 2013)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s