Monthly Archives: March 2013

Tahniah : Pasukan Hoki Lelaki & Perempuan R10 Juara 2013

_SAM0561

_SAM0558

_SAM0561

(Sumber : Blogspot Hoki R10 – Cikgu Kamal Asyraff – http://r10hockey.blogspot.com/search?updated-min=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2014-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=1)

School homework is a family affair

Compiled by YUEN MEIKENG, WINNIE YEOH and A. RAMAN – The Star

CHINESE primary school students are so burdened with homework that their mothers, aunts and other family members are helping out, reported China Press.

Malaysian Chinese Language Council president Prof Dr Lim Chooi Kwa said schools ought to review the matter as some of the homework were so technical that even university Chinese Studies lecturers had difficulty answering them.

He added that not only him but several other university lecturers also had a similar experience while guiding their grandchildren with their homework.

“We would make mistakes like the strokes and pronunciation.”

“Schools need to look into improving teaching methods as well as reducing the students’ homework load.”

He noted that most children go for tuition and they do not have time to digest what they learn

(Source : The Star Online 15 March 2013)

Anugerah Anak Cemerlang UPSR, PMR, SPM Dan STPM 2012 anjuran PUSPANITA/ MESCA Kementerian Pelajaran Malaysia

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Biro Tabung Latihan PUSPANITA Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Kementerian Pelajaran Malaysia (MESCA) sedang mengumpul maklumat tentang anak-anak ahli yang cemerlang dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) and Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2012.

Tujuan Anugerah Pelajar Cemerlang ini adalah untuk menghargai anak-anak ahli yang mendapat keputusan cemerlang.

Borang Pendaftaran Anugerah Anak Cemerlang, Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dimuat turunkan melalui file Anugerah Anak Cemerlang 2012

Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Puan Maggie David Edward h/p 016 3925179 atau 03 88842119.

(Sumber : http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=3159)

Image

Peperiksaan Dalaman 2013 (Ujian 1 Bulan Mac)

Peperiksaan Dalaman  (Ujian 1 Bulan Mac)

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013

Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan Malaysia, kementerian Pelajaran Malaysia telah memaklumkan bahawa Peperiksaan UPSR 2013 akan bermula pada hari Selasa, 10 September 2013.

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013 boleh dimuat turunkan melalui file berikut:

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013

(Sumber: http://www.moe.gov.my/lp/)

Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Ujian Dalam Talian UKM1

permatapintar

Sukacita dimaklumkan bahawa Saringan Pertama Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Ujian PERMATA Pintar UKM1 akan bermula dari 1 Februari hingga 30 Mei 2013.

Ujian tersebut terbuka kepada semua kanak-kanak dan remaja berumur 8 hingga 15 tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman web http://www.permatapintar.edu.my.

Objektif Permata Pintar serta process pendaftaran adalah seperti berikut:

Objektif Permata Pintar

(Sumber: http://ukm1.permatapintar.edu.my/)

Image

Jaduan Baru Waktu Persekolahan

Jadual baru

Jawapan Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap SMS berkaitan 1Murid 1Sukan

SMS

Berita Harian bertarikh 22 Januari 2013 – SMS BERKAITAN 1MURID 1SUKAN

22 February 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “RUFFEY:BHA20234” dalam ruangan Rakan@bh akhbar Berita Harian bertarikh 22 Januari 2013.

KPM merujuk kepada SMS – Pembangunan sukan di sekolah dan merealisasikan satu murid, satu sukan memerlukan pentadbir yang meminati sukan dan betul-betul turun padang. Bukan sekadar pandai mengarah.

Ingin dimaklumkan bahawa hasil kajian yang telah dilakukan oleh Bahagian Sukan KPM mengenai Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan; Persepsi dan Penerimaan Pengetua dan Guru Besar didapati bahawa 95% Pengetua dan Guru Besar bersedia untuk memberi kerjasama dalam melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan.

Selain itu, semua Pengetua dan Guru besar sedia maklum bahawa sukan merupakan salah satu komponen wajib dalam kokurikulum sekolah. Oleh yang demikian, pihak pentadbir seharusnya memainkan peranan secara positif dan turut serta dalam memastikan komponen sukan ini dilaksanakan dengan baik oleh semua pihak terutamanya di sekolah.

Pihak pentadbir sekolah turut dibantu oleh Penolong Kanan Kokurikulum dan juga Setiausaha Sukan Sekolah. Mereka merupakan tonggak dan kumpulan penggalak yang telah dipilih berdasarkan penglibatan aktif mereka di dalam bidang sukan. KPM berharap semua Pengetua dan Guru Besar termasuk juga golongan 5% lagi dapat sama-sama “turun padang” dan menjayakan Dasar 1Murid 1Sukan ini. Selain itu, penerangan dan bahan bantu mengajar boleh diperolehi di laman web http://www.moe.gov.my/bsukan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA