Jawapan Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap SMS berkaitan 1Murid 1Sukan

SMS

Berita Harian bertarikh 22 Januari 2013 – SMS BERKAITAN 1MURID 1SUKAN

22 February 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “RUFFEY:BHA20234” dalam ruangan Rakan@bh akhbar Berita Harian bertarikh 22 Januari 2013.

KPM merujuk kepada SMS – Pembangunan sukan di sekolah dan merealisasikan satu murid, satu sukan memerlukan pentadbir yang meminati sukan dan betul-betul turun padang. Bukan sekadar pandai mengarah.

Ingin dimaklumkan bahawa hasil kajian yang telah dilakukan oleh Bahagian Sukan KPM mengenai Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan; Persepsi dan Penerimaan Pengetua dan Guru Besar didapati bahawa 95% Pengetua dan Guru Besar bersedia untuk memberi kerjasama dalam melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan.

Selain itu, semua Pengetua dan Guru besar sedia maklum bahawa sukan merupakan salah satu komponen wajib dalam kokurikulum sekolah. Oleh yang demikian, pihak pentadbir seharusnya memainkan peranan secara positif dan turut serta dalam memastikan komponen sukan ini dilaksanakan dengan baik oleh semua pihak terutamanya di sekolah.

Pihak pentadbir sekolah turut dibantu oleh Penolong Kanan Kokurikulum dan juga Setiausaha Sukan Sekolah. Mereka merupakan tonggak dan kumpulan penggalak yang telah dipilih berdasarkan penglibatan aktif mereka di dalam bidang sukan. KPM berharap semua Pengetua dan Guru Besar termasuk juga golongan 5% lagi dapat sama-sama “turun padang” dan menjayakan Dasar 1Murid 1Sukan ini. Selain itu, penerangan dan bahan bantu mengajar boleh diperolehi di laman web http://www.moe.gov.my/bsukan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s