Sisipan BH bantu pelajar cemerlang – Ketua Pengawas SKWMR10 2012 antara penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Berita Harian bagi kategori UPSR

apcbh2012

Iman Aidi Elham, 13, memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012, manakala kakaknya, Dini Elissyakira, mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012.   Pada 2009, Dini menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Berita Harian bagi kategori UPSR. Dua beradik yang berasal dari Klang, Selangor, sebahagian daripada 18 pelajar cemerlang peringkat UPSR, PMR dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 menerima anugerah disampaikan Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Semua penerima membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, trofi dan sijil penghargaan setiap seorang. Penerima anugerah bukan saja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga kokurikulum.

Bapa langgan akhbar

Sementara itu, Dini berkata, usaha bapa mereka, Hairul Nizam Mohd Zaini, 39, yang melanggan BH banyak membantu beliau dan adiknya cemerlang dalam pelajaran. “Setiap hari, ayah membeli BH dan sisipan berkaitan pendidikan akan diberikan kepada kami. Ia meningkatkan prestasi pelajaran dan mendapat ilmu tambahan selain pembelajaran di sekolah,” katanya.

Penerima anugerah kategori SPM, U Asha Nair, 18, berkata akhbar sisipan itu membantunya memantapkan pemahaman mata pelajaran bahasa Melayu, sekali gus membolehkan beliau fasih berbahasa Melayu.

Tingkat pengusaan bahasa

“Saya meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dengan bantuan sisipan Skor dan semua latihan yang disediakan BH menjadi bonus tambahan untuk saya menimba ilmu. “Harga akhbar berpatutan memudahkan saya mendapatkannya setiap hari. Saya yakin, ramai lagi pelajar lain menjadikan BH sebagai sumber rujukan tambahan,” katanya.

Sementara, pasangan suami isteri, Zainal Zakaria, dan Nurul Asma Mohd Lazim, menjadikan akhbar ini sebagai bahan bacaan utama sejak 21 tahun lalu. Zainal berkata, tabiat membaca sejak dulu ternyata berbaloi selepas semua anaknya berjaya hasil bantuan sisipan pendidikan dalam BH. “Berdasarkan penilaian saya, BH akhbar yang menitikberatkan pelajaran dengan menganjurkan seminar bagi membantu pelajar,” katanya yang juga bapa kepada seorang penerima kategori PMR, Nur Farah Najihah, 16.

(Oleh Norrasyidah Arshad dan Siti Nor Amirah Abu Bakar – BH Pendidikan Online/ Berita Harian 29 Mei 2013)

One response to “Sisipan BH bantu pelajar cemerlang – Ketua Pengawas SKWMR10 2012 antara penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Berita Harian bagi kategori UPSR

  1. Salam. Harap lebih ramai lagi pelajar R10 mendapat anugerah cemerlang….. Tahniah Zarif

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s