478,848 calon duduki UPSR seluruh negara mulai hari ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 478,848 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama tiga hari bermula hari ini di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 469,882 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 calon lagi dari sekolah swasta yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu.

Sebanyak 49,117 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan, kata jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Di KUALA LUMPUR, sebanyak 21,965 pelajar menduduki peperiksaan itu di 247 pusat di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kata jurucakap Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Daripada jumlah itu, tiga calon menduduki peperiksaan itu di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan faktor kesihatan.

Menurut jurucakap HKL, dua pelajar lelaki dan seorang perempuan itu menduduki peperiksaan dalam sekolah di HKL.

Di KUALA TERENGGANU, sebanyak 22,359 calon yang terdiri daripada 21,521 calon Sekolah Kebangsaan, 434 calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 404 calon sekolah swasta menduduki peperiksaan UPSR.

Pengarah Pelajaran Terengganu Zakaria Husin berkata 381 pusat peperiksaan dibuka dengan 1,988 orang pegawai bertugas sepanjang tempoh peperiksaan.

“Seramai 183 calon berkeperluan khas (CBK) yang buta, rabun, pekak dan masalah lain, kertas peperiksaan khas seperti kertas peperiksaan Braille dan cetakan besar disediakan untuk mereka,” katanya.

Menurutnya sebanyak lapan pusat peperiksaan di hospital bagi seluruh negeri turut dibuka bagi kes-kes kecemasan dan untuk calon yang mengalami masalah kesihatan.

Di JOHOR BAHARU, 58,335 calon daripada 906 buah sekolah kerajaan dan swasta menduduki peperiksaan itu.

Pengarah Pelajaran Johor, Mohd. Nor A. Ghani berkata sebanyak 37,854 calon adalah pelajar sekolah jenis kebangsaan dan 19,878 calon sekolah jenis kebangsaan manakala 603 calon sekolah swasta.

Jadual waktu peperiksaan itu telah diedarkan ke sekolah dan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp.

Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar. – BERNAMA

(Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/478_848calondudukiUPSRseluruhnegaramulaihariini/Article/)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s