Muhyiddin puas hati perjalanan sesi baharu persekolahan

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan perjalanan sesi baharu persekolahan tahun ini yang berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, ini selaras dengan arahan supaya pembukaan sesi baharu persekolahan tidak berdepan pelbagai masalah selain memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) kementerian.

“Saya sukacita sesi baharu persekolahan berjalan baik. Arahannya mesti memenuhi KPI kementerian iaitu pelajar ada meja dan kerusi serta dibekalkan buku teks selain proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau sesi pertama persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Setapak di sini hari ini.

Muhyiddin turut memberitahu, sempena tahun baharu 2014, pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 memasuki tahun kedua dan beberapa inisiatif baharu akan dilaksanakan.

Perkara itu, jelasnya, menjurus kepada langkah menentukan mutu pembelajaran dan pendidikan meningkat serta bertambah baik.

Terdahulu, beliau meluangkan masa meninjau sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1), Putrajaya.

Beliau turut memasuki bilik darjah sesi pembelajaran murid tahun satu sebelum melihat kemudahan yang terdapat di bilik terapi untuk murid pendidikan khas.

Muhyiddin kemudian beramah mesra dengan murid baharu dan warga pendidik selain mendengar penjelasan Guru Besar, Norihan Karim mengenai perkembangan terkini sekolah.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Madinah Mohamad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof.

Menurut Norihan, antara isu yang dibincangkan dengan Muhyiddin termasuk kemudahan internet di sekolah itu selain soal mengadakan aktiviti kokurikulum pada sebelah pagi.

Muhyiddin turut melawat Sekolah Menengah Kebangsaan St. Gabriel dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kampung Pandan di ibu negara.

Sementara itu, seorang murid tahun satu di SJKT berkenaan, Jaamunah Rahj berkata, dia teruja dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri pada hari pertama persekolahannya.

Kata anak sulung daripada tiga adik beradik itu, dia juga berasa seronok dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu di sekolah tersebut.

“Cikgu di sekolah ini amat baik dan saya gembira kerana Timbalan Perdana Menteri melawat kelas saya,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor.

Rakan sekelasnya, Mohd. Irfan Muhamad turut senada dengan Jaamunah sambil menyatakan bahawa dia tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan malah telah membuat persiapan sejak seminggu lalu.

Sekolah tersebut yang memuatkan 269 murid dan 22 guru itu mempunyai 10 buah kelas termasuk satu kelas prasekolah.

Sebanyak 39 murid tahun satu memulakan pembelajaran mereka di sekolah itu yang ditubuhkan pada tahun 1953.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140103/dn_05/Muhyiddin-puas-hati-perjalanan-sesi-baharu-persekolahan#ixzz2pe2Ggkgo
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s