Permohonan Kemasukan ke Asrama 1Malaysia (A1M)

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Asrama 1Malaysia (A1M) telah dibuka kepada semua murid Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan tahun 2014. Syarat-syarat permohonan kemasukan ke A1M boleh dirujuk di dalam Borang Permohonan Ke Tingkatan Satu Asrama 1Malaysia 2014. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 30 Januari 2014.

Sila klik untuk muat turun borang permohonan kemasukan – Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 2014 Asrama 1Malaysia

Syarat-syarat Permohoanan
(a) Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA sahaja yang akan ke tingkatan 1 pada 2014.
(b) Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
(c) Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
(d) Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah semasa di mana pemohon belajar.
(e) Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama).
(f) Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah Semasa murid memohon.
(g) Permohonan kemasukan ke A1M Sabah dan Sarawak hanya bagi pemohon dari negeri berkenaan sahaja.
(h) Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan (Sijil lahir pemohon / kad pengenalan; Keputusan UPSR 2013; Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa dan Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/ kokurikulum).
(i) Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.

(Sumber : http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=3975&page%3D1%26keyword%3D%26)

One response to “Permohonan Kemasukan ke Asrama 1Malaysia (A1M)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s