Laman sosial jejas kekeluargaan

Bersama Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

Kita kini hidup dalam era sains dan teknologi. Apa saja kerja dibuat, banyak dibantu oleh peralatan dan perkakasan yang berasaskan reka cipta teknologi terkini.

Kehidupan manusia menjadi semakin mudah dan lebih menyeronokkan. Boleh dikatakan saban hari akan muncul saja inovasi dan reka cipta baru yang diketengahkan buat aplikasi manusia. Inilah kehebatan akal manusia yang dianugerahkan Allah SWT sehingga berupaya melakukan pelbagai daya inovasi yang semakin canggih dan menarik.

Malah, semua negara di dunia ini sedang memberikan tumpuan khusus kepada pembangunan berasaskan ilmu sains dan aplikasi teknologi termasuklah negara kita yang begitu rancak menjadikan sains dan teknologi sebagai tunjang kepada sistem pembelajaran, baik di peringkat sekolah rendah, menengah dan IPT.

FB cetus gejala negatif

Antara aplikasi teknologi yang menjadi kegilaan manusia di serata pelosok dunia masa kini adalah penggunaan Facebook (FB). Boleh dikatakan semua peringkat umur mengetahui dan ada akaun FB sendiri. Bersembang dan berjiran menggunakan alam maya sudah menjadi trend tegar dalam masyarakat khususnya golongan muda.

Sesungguhnya, apa saja aplikasi perkakasan teknologi tidak menjadi satu kesalahan. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini kita melihat FB sudah menjadi satu pencetus kepada timbulnya pelbagai gejala negatif yang tidak diingini.

Sebenarnya, bukan FB yang salah kerana apa saja kemudahan dan alatan yang kita gunakan adalah demi kebaikan. Pun begitu, apabila ia disalahgunakan barulah impak buruknya mula menampakkan diri.

Sikap manusialah yang menyebabkan apa saja benda yang baik menjadi buruk. Kini, banyak kali sudah kita baca paparan media perihal adanya pelbagai kejadian negatif yang bersumberkan daripada penggunaan FB.

Satu kajian mendapati kegemaran melayari FB hanya akan meningkatkan kemurungan. Kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik, Dr Ethan Kross dari Universiti Michigan USA merumuskan, penggunaan FB secara berlebihan dikaitkan dengan emosi cemburu, ketegangan sosial, pemencilan diri dan kemurungan jiwa.

Jangan sampai hubungan intim dan kemesraan sesama ahli keluarga menjadi hambar dan sepi berikutan anakanak lebih banyak di bilik menghabiskan masa bertemankan alam maya.

Selain memberikan sedikit kebebasan kepada anak untuk melakukan aktiviti santai pilihan mereka pada waktu cuti, kita sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab wajarlah mengisikannya dengan bentuk kehidupan yang boleh menambahkan kemesraan sesama ahli keluarga.

Sudah tentu kita tidak inginkan melihat anak kita hidup memencilkan diri dan menjadi kurang mesra dengan ahli keluarga sendiri dan rakan di persekitaran mereka.

Elak guna laman sosial melampau

Budaya tradisional yang mana anak membesar bersama ahli keluarga dalam kerukunan dan penuh jalinan kemesraan tidak seharusnya dibantutkan dengan penggunaan laman sosial secara melampau.

Lagipun, masalah gejala anak remaja yang semakin meliar dan ‘ekstrem’ tingkah lakunya kini sudah pasti mencetuskan kebimbangan. Panduan secara betul, tepat dan berhemah sewajibnya kita berikan kepada anak supaya masa panjang tanpa sesi pembelajaran diisikan dengan agenda kehidupan yang bermanfaat.

Seperkara yang amat kita risaukan ialah penggunaan laman sosial secara berlebihan boleh mengakibatkan minat membaca akan menjadi semakin hambar.

Kita sebagai ibu bapa patut memainkan peranan dengan membina satu gaya hidup yang tidak terlampau gilakan ICT, sebaliknya terus istiqamah mendidik anak-anak dengan sikap bersederhana dan sentiasa berhemah dalam melakukan apa saja. Jangan biarkan budaya membaca ‘mati’ hanya dek kerana gilakan ICT!

(Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lamansosialjejaskekeluargaan/Article/)

2 responses to “Laman sosial jejas kekeluargaan

  1. I have 2 children fom3 g fom5 b ,know expanses abt 1 month

  2. I looking gd status of my children ,that’s why I looking a gd place

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s