300 buku teks versi digital boleh diakses

Kuala Lumpur: Semua 10,094 pelajar sekolah rendah dan menengah di negara ini sudah boleh mengakses lebih 300 buku teks versi digital secara percuma menggunakan sistem 1BestariNet.

Sumber berkata, ia boleh diakses secara dalam talian oleh pelajar, ibu bapa dan guru yang mempunyai kata laluan pada bila-bila masa

Katanya, projek itu bagi membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE).

Sedia kemudahan internet

“Penggunaan pembelajaran melalui sistem ini di sekolah pula, bergantung kepada kebijaksanaan guru besar dalam memastikan pelajar berpeluang menggunakan sistem berkenaan kerana semua sekolah sudah dilengkapkan dengan internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu.

“Kita tidak memberi setiap pelajar komputer atau peranti teknologi seperti iPad ataupun tablet, namun peralatan berkaitan termasuk Google Chrome Book diberi kepada sekolah untuk ditempatkan secara kekal,” katanya yang dihubungi BH di sini, semalam.

Semalam, media melaporkan ibu bapa tidak akan menanggung beban kos tambahan berikutan pelaksanaan buku teks versi digital yang akan memudahkan pelajar mengakses pelajaran walaupun ketika bercuti di dalam atau luar negara.
Projek 1BestariNet yang dilaksanakan kementerian melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar.

Mudahkan pembelajaran

Menerusinya, semua sekolah dihubungkan dalam satu pangkalan pembelajaran tunggal menggunakan internet berkelajuan tinggi 4G dan pengguna diberi akses daftar ke dalam program untuk aplikasi pembelajaran Maya Frog, Google Apps untuk pendidikan dan Frog Store.

Beliau berkata, pelaksanaan sistem itu membolehkan pembelajaran mudah alih atau m-pembelajaran dan pembelajaran di mana-mana atau
u-pembelajaran adalah dua trend untuk mengukuhkan inisiatif e-pembelajaran.

“Seperti yang diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berhubung pelajar boleh membawa peranti sendiri seperti iPad atau tablet ke sekolah untuk mengakses buku teks digital, ia juga hasil kemudahan atau infrastruktur disediakan.

“Bagaimanapun, sekiranya pelajar tidak membawa peranti mereka, alatan bantuan pelajaran sememangnya sudah disediakan untuk kegunaan waktu persekolahan dan boleh diakses menggunakan apa juga peranti untuk mengulangkaji atau belajar,” katanya

(Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/300bukuteksversidigitalbolehdiakses/Article/)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s