Pembelajaran Sains dan Matematik perlu menyeronokkan – Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata pembelajaran dalam subjek sains dan matematik perlu menyeronokkan supaya murid-murid tidak hilang minat dalam bidang itu.

Perdana Menteri mencatatkan demikian dalam laman Twitternya hari ini dengan turut menyertakan pautan berita Bernama bertajuk “Jadikan Sains Mata Pelajaran Menyeronokkan” yang dikeluarkan semalam.

Berita itu memetik Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh sebagai berkata Ibu Bapa dan Guru perlu menjadikan pembelajaran sains sesuatu yang menyeronokkan untuk memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Idris berkata cara pembelajaran sains yang menyeronokkan boleh membantu meningkatkan jumlah pelajar aliran sains di negara ini kepada 60 peratus.

Beliau berkata, ketika ini, jumlah pelajar aliran itu sebanyak 37 peratus.

(Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PembelajaranSainsdanMatematikperlumenyeronokkan-Najib/Article/)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s