Program Sekolah Menegah Kebangsaan untuk Ambilan 2015 – Kolej Yayasan Saad & Yayasan Axiata

Anda layak memohon biasiswa ‘National Secondary School Programme’ jika anda memenuhi kriteria berikut:

•Warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia
•Telah mencapai sekurang-kurangnya lima A dalam ujian percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
•Adalah pelajar terbaik (“top ten”) dalam Darjah 4, 5 dan 6 di sekolah rendah
•Aktif dalam sukan, kelab dan persatuan, dan/atau seni persembahan
•Fasih dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, dan kefasihan dalam bahasa lain adalah digalakkan
•Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan luar bandar

Untuk mengakses borang permohonan, anda dikehendaki memberi maklumat lanjut alamat emel, nombor kad pengenalan/surat beranak dan pilihan untuk kata laluan. Emel anda berfungsi sebagai nama pengguna anda. Sila pastikan kata laluan dirahsiakan pada setiap masa.

Anda boleh mengakses borang permohonan in pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup biasiswa. Semua permohonan hendaklah dihantar secara online dan sampai ke pihak kami sebelum tengah malam, 7 September 2014. Sila ambil perhatian: keputusan Axiata adalah muktamad. Dan hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi bagi proses pemilihan yang seterusnya. Pada sebarang masa, anda boleh memeriksa status permohonan selepas permohonan dihantar. Anda cuma perlu mengakses menggunakan kata laluan anda.

Sila pastikan anda ada maklumat berikut sebelum mengisi borang permohonan:
•Butir-butir biasiswa adik-beradik (jika berkenaan)
•Butir-butir pekerjaan ibu-bapa, termasuk majikan dan gaji bulanan akhir diterima
•Keputusan ujian percubaan UPSR
•Penglibatan ko-kurikulum (jika berkenaan)

(Sumber : http://axiata.ablemenprojects.com/2014/secondary/sec_landing_page.php?banner=1)

3 responses to “Program Sekolah Menegah Kebangsaan untuk Ambilan 2015 – Kolej Yayasan Saad & Yayasan Axiata

  1. 4A 1B tak boleh ke tuan ? Yang b tu bhs inggeris . Sn dan math A . Saya aktif dlm sukan . Sy penolong ketua pengawas .
    tuan , tlg pertimbangkan . How about it ?

  2. Salam Sejahtera,

    Mengikut pemahaman kami, mendapat keputusan 5A adalah syarat utama untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM.

    Adalah dinasihatkan agar Saudari dapat memohon penyemakan semula kertas Bahasa Inggeris dan jika keputusan semakan untuk kertas Bahasa Inggeris adalah ‘A’, saudari boleh memohon masuk ke Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM untuk kemasukan ke-2 atau ke-3 Ambilan 2015 melalui Kementerian Pelajaran atau MARA.

    Sekian,

  3. Haslin Binti Rosli

    Why Don’t you give more chances to student who did well in their PT3 , specially those who excellent in Math n English

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s