Najib ucap selamat maju jaya kepada calon UPSR

twitPM.transformed

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelajar yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Selasa depan.

Perdana menteri cuba mengusik guru dan ibu bapa dengan berkata: “Saya rasa ibu bapa dan guru-guru lebih gemuruh berbanding pelajar yang akan duduki UPSR minggu depan!”

“Insya-Allah semua berjaya,” kata Najib dalam catatan terbaharu Twitter beliau.

Sebanyak 473,175 calon mendaftar untuk menduduki UPSR dari 9 hingga 11 September ini.

Menurut Lembaga Peperiksaan, daripada jumlah itu 463,937 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala baki 9,238 adalah calon sekolah swasta.

Sebanyak 8,299 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara bagi peperiksaan itu dan 51,438 petugas dilantik untuk memastikan ia berjalan lancar. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s