Category Archives: Aktiviti Sukan

Image

Pembatalan Latihan Rumah Sukan Sepanjang Bulan Mac 2014

pembatalan latihan rumah

Advertisements
Image

Karate-Do 2014

Karate-Do 2014

Image

Latihan Rumah Sukan bermula pada 8 April 2013

Latihan Sukan

Tahniah : Pasukan Hoki Lelaki & Perempuan R10 Juara 2013

_SAM0561

_SAM0558

_SAM0561

(Sumber : Blogspot Hoki R10 – Cikgu Kamal Asyraff – http://r10hockey.blogspot.com/search?updated-min=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2014-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=1)

Jawapan Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap SMS berkaitan 1Murid 1Sukan

SMS

Berita Harian bertarikh 22 Januari 2013 – SMS BERKAITAN 1MURID 1SUKAN

22 February 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “RUFFEY:BHA20234” dalam ruangan Rakan@bh akhbar Berita Harian bertarikh 22 Januari 2013.

KPM merujuk kepada SMS – Pembangunan sukan di sekolah dan merealisasikan satu murid, satu sukan memerlukan pentadbir yang meminati sukan dan betul-betul turun padang. Bukan sekadar pandai mengarah.

Ingin dimaklumkan bahawa hasil kajian yang telah dilakukan oleh Bahagian Sukan KPM mengenai Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan; Persepsi dan Penerimaan Pengetua dan Guru Besar didapati bahawa 95% Pengetua dan Guru Besar bersedia untuk memberi kerjasama dalam melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan.

Selain itu, semua Pengetua dan Guru besar sedia maklum bahawa sukan merupakan salah satu komponen wajib dalam kokurikulum sekolah. Oleh yang demikian, pihak pentadbir seharusnya memainkan peranan secara positif dan turut serta dalam memastikan komponen sukan ini dilaksanakan dengan baik oleh semua pihak terutamanya di sekolah.

Pihak pentadbir sekolah turut dibantu oleh Penolong Kanan Kokurikulum dan juga Setiausaha Sukan Sekolah. Mereka merupakan tonggak dan kumpulan penggalak yang telah dipilih berdasarkan penglibatan aktif mereka di dalam bidang sukan. KPM berharap semua Pengetua dan Guru Besar termasuk juga golongan 5% lagi dapat sama-sama “turun padang” dan menjayakan Dasar 1Murid 1Sukan ini. Selain itu, penerangan dan bahan bantu mengajar boleh diperolehi di laman web http://www.moe.gov.my/bsukan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun (Luar Musim)

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10 akan mengelolakan Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun (Luar Musim), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Peringkat Zon Keramat dengan butir-butir seperti berikut:

Waktu : 8:00 pagi hingga 1:00 tengahari
Hari : Isnin hingga Rabu
Tarikh : 22 Oktober 2012 hingga 24 Oktober 2012
Lokasi : Padang Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10 dan padang Sekolah Kebangsaan Danau Kota

IbuBapa digalakkan hadir untuk memberi sokongan.

R10 Tigers menjuarai Kejohanan Hoki MSSWP Peringkat Wilayah Keramat 2012

Pasukan Hoki Lelaki bawah 12 tahun SK Wangsa Maju Zon R10 (juga dikenali sebagai R10 Tigers) menjuarai Kejohanan Hoki MSSWP Peringkat Wilayah Keramat 2012.

Pasukan R10 Tigers dengan ini telah menjuarai Kejohanan Hoki MSSWP Peringkat Wilayah Keramat 2012 untuk 3 tahun berturut-turut.

Kumpulan
R10 Tigers 9 : 0 SK Kementah
R10 Tigers 6 : 0 SK Wangsa Maju Seksyen 1

Separuh Akhir
R10 Tigers 6 : 0 SK Jln Gurney 6-0

Akhir
R10 Tigers 1 : 0 SK St John 2 (melalui penalti flik).

Pasukan R10 Tigers dibimbing oleh En Wan Amerr, Cikgu Kamal Asyraff dan Cikgu Fadzil.

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Tuan/Puan,

Larian ini adakan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 2 Julai 2011 (Sabtu)
Masa  : 7.30 pagi
Tempat : Dataran R10, SK Wangsa Maju Zon R10

Kepada ibubapa dan keluarga yang ingin menyertai larian ini, sila download borang larian 1murid, isikan sepenuhnya dan hantarkan kepada guru kelas anak anda.

Biro Sukan memerlukan bantuan dari anda semua bagi perkara berikut:
(a) AJK Pengelola Program Larian
(b) Wakil PIBG SK Wangsa Maju Zon R10 ke program yang sama di peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah (sekurang-kurangnya seorang).

Bagi tuan-tuan/puan-puan yang berkelapangan untuk perkara di atas, sila hubungi Pn Norliza Noordin segera di talian 012 6055244.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Hari Sukaneka 2011

Semangat kesukanan yang tinggi dan semangat juang yang kental bersama dengan sokongan ibubapa telah memeriahkan acara sukaneka tahun ini.

Banyak lagi gambar-gambar menarik di laman facebook SKWM Zon R10.

Pasukan hoki lelaki SKWMZR10 telah menjuarai Kejohanan Hoki MSSWP Peringkat Zon Keramat 2011. Di perlawanan akhir, pasukan sekolah telah menewaskan pasukan SK St John 1 dengan jaringan 3 -2 melalui pukulan penalti (setelah seri 1 -1 di tiupan wisel diakhir perlawanan).

Pasukan hoki perempuan SKWMZR10 telah mendapat tempat ke-3 di Kejohanan Hoki MSSWP Peringkat Zon Keramat 2011. Di perlawanan untuk menentukan tempat ke-3, pasukan sekolah telah menewaskan pasukan SK Wangsamaju Seksyen 1 dengan jaringan 1 – 0 melalui pukulan penalti (setelah seri 0 -0 di tiupan wisel diakhir perlawanan).