Category Archives: Hoki

Tahniah : Pasukan Hoki Lelaki & Perempuan R10 Juara 2013

_SAM0561

_SAM0558

_SAM0561

(Sumber : Blogspot Hoki R10 – Cikgu Kamal Asyraff – http://r10hockey.blogspot.com/search?updated-min=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2014-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=1)

Advertisements

R10 Tigers menjuarai Kejohanan Hoki MSSWP Peringkat Wilayah Keramat 2012

Pasukan Hoki Lelaki bawah 12 tahun SK Wangsa Maju Zon R10 (juga dikenali sebagai R10 Tigers) menjuarai Kejohanan Hoki MSSWP Peringkat Wilayah Keramat 2012.

Pasukan R10 Tigers dengan ini telah menjuarai Kejohanan Hoki MSSWP Peringkat Wilayah Keramat 2012 untuk 3 tahun berturut-turut.

Kumpulan
R10 Tigers 9 : 0 SK Kementah
R10 Tigers 6 : 0 SK Wangsa Maju Seksyen 1

Separuh Akhir
R10 Tigers 6 : 0 SK Jln Gurney 6-0

Akhir
R10 Tigers 1 : 0 SK St John 2 (melalui penalti flik).

Pasukan R10 Tigers dibimbing oleh En Wan Amerr, Cikgu Kamal Asyraff dan Cikgu Fadzil.

Pasukan hoki lelaki SKWMZR10 telah menjuarai Kejohanan Hoki MSSWP Peringkat Zon Keramat 2011. Di perlawanan akhir, pasukan sekolah telah menewaskan pasukan SK St John 1 dengan jaringan 3 -2 melalui pukulan penalti (setelah seri 1 -1 di tiupan wisel diakhir perlawanan).

Pasukan hoki perempuan SKWMZR10 telah mendapat tempat ke-3 di Kejohanan Hoki MSSWP Peringkat Zon Keramat 2011. Di perlawanan untuk menentukan tempat ke-3, pasukan sekolah telah menewaskan pasukan SK Wangsamaju Seksyen 1 dengan jaringan 1 – 0 melalui pukulan penalti (setelah seri 0 -0 di tiupan wisel diakhir perlawanan).

Latihan Hoki di Stadium Tun Razak

Pasukan Hoki R10 Tigers meneruskan program mengasah taring dengan latihan di Stadium Tun Razak, disaksikan oleh keluarga masing-masing sebagai pembakar semangat.

JAMUAN KESYUKURAN & MERAIKAN KEJAYAAN ‘R10 TIGERS 2010’



JAMUAN KESYUKURAN KEMENANGAN PASUKAN HOKI ‘R10 TIGERS’-Diadakan di perkarangan sekolah dan disambut secara sederhana tetapi meriah. Ramai ibu bapa pemain2,guru-guru serta AJK PIBG turut hadir termasuk GB, YDP PIBG, NYDP PIBG dan barisan jurulatih. Jamuan ini diadakan berikutan kemenangan pasukan hoki lelaki SKWMZR10 yang julung-julung kalinya menggondol JUARA KEJOHANAN HOKI PERINGKAT NEGERI 2010.Syabas dan tahniah daripada PIBG.

R10 TIGERS TETAP UNGGUL PADA 2010





KOKURIKULUM: PASUKAN HOKI SEKOLAH – ‘R10 TIGERS’ tetap unggul dan sentiasa menonjolkan persembahan terbaik setiap kali menyertai pertandingan yang dianjurkan samada daripada pihak MSSKL, Unit Sukan Jabatan Pelajaran,Terbuka Persekutuan Hoki Malaysia-USM, mahupun badan-badan persendirian.Ini hasil usaha keras daripada semua pihak bermula di sekolah terutama pihak ibu bapa yang bertungkus-lumus memerah tenaga, masa dan wang ringgit untuk membawa pulang kejayaan demi kejayaan sekaligus mengharumkan nama SKWMR10. PIBG tetap meneruskan sokongan kepada pasukan R10 TIGERS.TERUSKAN KEGEMILANGAN.

KEJAYAAN MANIS 2010

KOKURIKULUM: SKWMZR10 mencipta kejayaan manis pada penggal pertama tahun 2010 apabila berjaya menggondol JOHAN PERTANDINGAN HOKI PERINGKAT NEGERI WPKL melalui kecemerlangan pemain-pemain hoki lelaki daripada pasukan R10 TIGERSĀ  di bawah usaha gigih Cikgu Kamal Asyraf dan guru-guru pembantu. Ianya juga adalah kejayaan bersama IBU BAPA pemain-pemain yang telah berhempas-pulas beberapa tahun yang lalu untuk mengejar kejayaan amat bermakna ini.Dengan sokongan PIBG,pihak sekolah dan ibu bapa yang tidak jemu2 ‘turun padang’ terutamanya En.Wan Ameer,En.Nik,En.Azhar,En.Wan Shariman dan lain-lain akhirnya membuahkan kejayaan.Kemenangan ini amat menggembirakan semua pihak terutamanya Guru Besar, Pn.Hjh Teh Zaiton yang telah sekian lama menanti SKWMZR10 dinobatkan JOHAN HOKI Sek Rendah Peringkat Negeri.Daripada Jawatankuasa PIBG,Syabas R10 !