Category Archives: Berita Ko-Kurikulum

Image

Latihan Rumah Sukan Tahun 2014

Latihan Sukan 2014

Image

Aktiviti Ko-Kurukulum Peringkat Sekolah 2014

Aktiviti Ko-Kurikulum 2014

Image

Hari Jualan Kokurikulum 2013

Hari Jualan Kokurikulum

Image

Sukaneka & Sukan Tahunan Sekolah Ke-16

Sukan r10

Image

Karate-Do

Karate-do

Muhyiddin sertai 3.6 juta pelajar dan guru di seluruh Malaysia lakukan senamrobik

SUBANG 10 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai 3,660,580 murid serta guru dari 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara melakukan senamrobik dalam program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia.

Bertempat di Sekolah Wawasan USJ 15 bersama kira-kira 3,000 peserta di sini, Timbalan Perdana Menteri meluangkan kira-kira 45 minit melakukan senaman tersebut yang turut disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan bermula 7.55 pagi.

Program itu merupakan senamrobik terbesar yang dianjurkan di negara ini dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR).

Sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan MBOR, Datuk Danny Ooi kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud sambil disaksikan oleh Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.

Dalam pada itu Muhyiddin berkata, acara senamrobik itu selari dengan dasar 1Murid 1Sukan bagi mewajibkan setiap murid yang sihat mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.

Menurutnya, budaya bersukan perlu dipupuk daripada peringkat sekolah sebagai alat perpaduan kerana ia terbukti telah menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Bidang sukan adalah gambaran sebenar kepada konsep 1Malaysia yang secara tidak langsung menaikkan semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid,” katanya.

Program hari ini merupakan kesinambungan kepada Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang dijayakan kementerian tersebut di Perak tahun lalu.

(Utusan Malaysia Online: 11 Julai 2012)

Senamrobik 1Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10 bersama-sama semua sekolah di Malaysia akan melangsungkan Senamrobik 1Malaysia pada pukul 8:00 pagi, hari Selasa, 10 Julai 2012 di Padang Sekolah.

Sila rujuk surat yang akan diedarkan oleh pihak Sekolah.

Majlis Sukaneka, Sukan Tahunan dan Cuti Peristiwa

Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R-10 akan mengadakan Majlis Sukaneka dan Sukan Tahunan Kali Ke-15.

Majlis Sukaneka
Tarikh : Jumaat, 29 Jun 2012
Masa : 8:00 pagi ke 12:00 tengahari
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R-10

Sukan Tahunan Kali Ke-15
Tarikh : Sabtu, 30 Jun 2012
Masa : 8:00 pagi ke 12:00 tengahari
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R-10

Sama-samalah kita memberi sokongan kepada pelajar-pelajar serta memeriahkan Sukan Tahunan Kali Ke-15.

Untuk makluman, hari Isnin 2 Julai 2012 adalah cuti sempena Majlis Sukaneka dan Sukan Tahunan Kali Ke-15. Sekolah akan dibuka seperti biasa pada hari Selasa, 3 Julai 2012.

Sukan Sekolah 2011

Sukan Sekolah 2011

Sukan Sekolah 2011

Sukan Sekolah 2011

Sukan Sekolah 2011

R10 Tigers menjuarai Kejohanan Hoki MSSWP Peringkat Wilayah Keramat 2012

Pasukan Hoki Lelaki bawah 12 tahun SK Wangsa Maju Zon R10 (juga dikenali sebagai R10 Tigers) menjuarai Kejohanan Hoki MSSWP Peringkat Wilayah Keramat 2012.

Pasukan R10 Tigers dengan ini telah menjuarai Kejohanan Hoki MSSWP Peringkat Wilayah Keramat 2012 untuk 3 tahun berturut-turut.

Kumpulan
R10 Tigers 9 : 0 SK Kementah
R10 Tigers 6 : 0 SK Wangsa Maju Seksyen 1

Separuh Akhir
R10 Tigers 6 : 0 SK Jln Gurney 6-0

Akhir
R10 Tigers 1 : 0 SK St John 2 (melalui penalti flik).

Pasukan R10 Tigers dibimbing oleh En Wan Amerr, Cikgu Kamal Asyraff dan Cikgu Fadzil.