Category Archives: Berita UPSR

Jadual Waktu UPSR 2014

Salam Sejahtera,

Jadual waktu untuk UPSR 2014 boleh diakses seperti berikut:

1. Jadual waktu UPSR 2014 untuk Calon Biasa; dan

2. Jadual waktu UPSR 2014 untuk calon berkeperluan khas

Sekian

Advertisements

Semakan Semula Keputusan Peperiksaan UPSR 2013

Semakan Keputusan UPSR 2013

Untuk semak semula keputusan UPSR 2013, sila muat-turun Borang Permohonan Semak Semula UPSR 2013 untuk tindakan seterusnya.

(Sumber : http://www.moe.gov.my/lp/)

Keputusan UPSR Wilayah Persekutuan KL meningkat 0.01 mata

KUALA LUMPUR : Seramai 2,108 daripada 21, 403 calon mendapat A dalam semua subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL).

Pengarah Pendidikan Jabatan Wilayah Persekutuan KL, Abdullah Mad Yunus, berkata secara keseluruhannya pencapaian UPSR pada tahun ini meningkat sebanyak 0.01 mata iaitu daripada Gred Purata Nilai (GPN) 2.17 pada 2012 kepada 2.16 tahun ini.
“Bagi pencapaian peratus, bagaimanapun menunjukkan penurunan yang mana calon cemerlang memperoleh semua A adalah sebanyak 9.85 peratus berbanding pada 2012, sebanyak 10.35 peratus”, katanya.

(Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KeputusanUPSRWilayahPersekutuanKLmeningkat0_01mata/Article)

UPSR: KL capai keputusan terbaik dalam tempoh 10 tahun

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi sekolah-sekolah Kuala Lumpur tahun ini menunjukkan pencapaian terbaik dalam tempoh 10 tahun sejak 2004.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Abdullah Mad Yunus berkata, ini berikutan buat pertama kali Gred Purata Negeri (GPN) tahun ini memperoleh 2.16 berbanding 2.17 tahun lalu.

Jelas beliau, penurunan GPN ini menunjukkan prestasi murid dalam ujian itu meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Dalam pada itu, seramai 2,108 daripada 21,403 calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berjaya mencapai keputusan cemerlang memperolehi A dalam kesemua mata pelajaran.

“Peratus pencapaian calon untuk keputusan minimum C turut meningkat berbanding 2012 sebanyak 11.28 peratus, menjadikan jumlahnya 69.11 peratus daripada 57.83 peratus,” katanya dalam sidang akhbar Pengumuman Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 di ibu pejabat JPWPKL, dekat sini hari ini.

Peperiksaan tersebut telah berjalan serentak pada 10 hingga 12 September lalu dan sebanyak 247 pusat peperiksaan diadakan untuk menempatkan calon daripada 200 sekolah yang terlibat di sekitar Kuala Lumpur. – UTUSAN ONLINE

(Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131114/dn_25/UPSR-KL-capai-keputusan-terbaik-dalam-tempoh-10–tahun)

42,646 calon UPSR peroleh A semua subjek – Ketua Pengarah Pelajaran

PUTRAJAYA: Seramai 42,646 daripada 478,848 calon mendapat A dalam semua subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, berkata secara keseluruhannya pencapaian UPSR pada tahun ini meningkatkan sebanyak 0.04 mata iaitu daripada Gred Purata Nasional (GPN) 2.31 pada 2012 kepada 2.27 tahun ini.

“Manakala peratusan calon mendapat pencapaian cemerlang (semua A) bagi semua mata pelajaran diambil meningkat 0.21 peratus iaitu daripada 8.94 tahun lalu kepada 9.15 pada 2013,” katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi

(Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/42_646calonUPSRperolehAsemuasubjek/Article/?mutakhir)

Image

Semakan Keputusan UPSR 2013 melalui SMS

SMS UPSR

Image

Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2013

Keputusan UPSR 2013

478,848 calon duduki UPSR seluruh negara mulai hari ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 478,848 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama tiga hari bermula hari ini di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 469,882 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 calon lagi dari sekolah swasta yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu.

Sebanyak 49,117 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan, kata jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Di KUALA LUMPUR, sebanyak 21,965 pelajar menduduki peperiksaan itu di 247 pusat di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kata jurucakap Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Daripada jumlah itu, tiga calon menduduki peperiksaan itu di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan faktor kesihatan.

Menurut jurucakap HKL, dua pelajar lelaki dan seorang perempuan itu menduduki peperiksaan dalam sekolah di HKL.

Di KUALA TERENGGANU, sebanyak 22,359 calon yang terdiri daripada 21,521 calon Sekolah Kebangsaan, 434 calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 404 calon sekolah swasta menduduki peperiksaan UPSR.

Pengarah Pelajaran Terengganu Zakaria Husin berkata 381 pusat peperiksaan dibuka dengan 1,988 orang pegawai bertugas sepanjang tempoh peperiksaan.

“Seramai 183 calon berkeperluan khas (CBK) yang buta, rabun, pekak dan masalah lain, kertas peperiksaan khas seperti kertas peperiksaan Braille dan cetakan besar disediakan untuk mereka,” katanya.

Menurutnya sebanyak lapan pusat peperiksaan di hospital bagi seluruh negeri turut dibuka bagi kes-kes kecemasan dan untuk calon yang mengalami masalah kesihatan.

Di JOHOR BAHARU, 58,335 calon daripada 906 buah sekolah kerajaan dan swasta menduduki peperiksaan itu.

Pengarah Pelajaran Johor, Mohd. Nor A. Ghani berkata sebanyak 37,854 calon adalah pelajar sekolah jenis kebangsaan dan 19,878 calon sekolah jenis kebangsaan manakala 603 calon sekolah swasta.

Jadual waktu peperiksaan itu telah diedarkan ke sekolah dan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp.

Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar. – BERNAMA

(Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/478_848calondudukiUPSRseluruhnegaramulaihariini/Article/)

Najib mahu calon UPSR lakukan yang terbaik

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berharap calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang menduduki peperiksaan itu esok dapat melakukan yang terbaik.

“Kepada adik-adik yang menjalani UPSR esok, semoga berjaya,” kata Perdana Menteri melalui laman Twitter beliau.

“Buat yang terbaik untuk ibu bapa, guru-guru dan terutamanya untuk diri sendiri,” katanya.

Sebanyak 478,848 calon akan menduduki UPSR mulai esok hingga Khamis di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 469,882 adalah pelajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 lagi dari sekolah swasta yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu. – BERNAMA

(Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NajibmahucalonUPSRlakukanyangterbaik/Article/)

Image

Muat turun Analisis UPSR 2010 – 2012 secara percuma

BH Pendidikan

Axiata Young Talent Programme/ Scholarship

Application for the National Secondary School Programme must be submitted online before the due date. Application details will be announced in August 2013.

To be a scholar under the National Secondary School Programme, applicants must meet the following criteria:

1.    The applicant must be a Malaysian citizen or a Malaysian permanent resident;

2.    The applicant must achieve a minimum of 5 As (Core Subjects: Bahasa Malaysia, English, Mathematics and Science) in the recent Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) trial examinations;

3.    The applicant must consistently be a top ten student in Standard 4, 5 and 6 of his/her Primary School;

4.    The applicant must display an active participation in sports, clubs and societies, and/or the performing arts;

5.    The applicant must be proficient in both English and Bahasa Malaysia, and any other spoken and written languages are favourable;

6.    Priority is given to students from low income and rural families