Category Archives: Aktiviti PIBG

Image

Notis Panggilan Mesyuarat Agung PIBG ke-18

agm 18

Advertisements

Permohonan Kemasukan ke Asrama 1Malaysia (A1M)

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Asrama 1Malaysia (A1M) telah dibuka kepada semua murid Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan tahun 2014. Syarat-syarat permohonan kemasukan ke A1M boleh dirujuk di dalam Borang Permohonan Ke Tingkatan Satu Asrama 1Malaysia 2014. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 30 Januari 2014.

Sila klik untuk muat turun borang permohonan kemasukan – Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 2014 Asrama 1Malaysia

Syarat-syarat Permohoanan
(a) Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA sahaja yang akan ke tingkatan 1 pada 2014.
(b) Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
(c) Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
(d) Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah semasa di mana pemohon belajar.
(e) Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama).
(f) Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah Semasa murid memohon.
(g) Permohonan kemasukan ke A1M Sabah dan Sarawak hanya bagi pemohon dari negeri berkenaan sahaja.
(h) Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan (Sijil lahir pemohon / kad pengenalan; Keputusan UPSR 2013; Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa dan Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/ kokurikulum).
(i) Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.

(Sumber : http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=3975&page%3D1%26keyword%3D%26)

Image

Indeks Pencemaran Udara pada 24 Jun 2013 di Wilayah Persekutuan

APIMS 24 Jun 2013

Image

Karate-Do

Karate-do

Jemputan ke Majlis Solat Hajat & Bacaan Yassin untuk calon UPSR 2012

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Tuan/Puan,

Larian ini adakan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 2 Julai 2011 (Sabtu)
Masa  : 7.30 pagi
Tempat : Dataran R10, SK Wangsa Maju Zon R10

Kepada ibubapa dan keluarga yang ingin menyertai larian ini, sila download borang larian 1murid, isikan sepenuhnya dan hantarkan kepada guru kelas anak anda.

Biro Sukan memerlukan bantuan dari anda semua bagi perkara berikut:
(a) AJK Pengelola Program Larian
(b) Wakil PIBG SK Wangsa Maju Zon R10 ke program yang sama di peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah (sekurang-kurangnya seorang).

Bagi tuan-tuan/puan-puan yang berkelapangan untuk perkara di atas, sila hubungi Pn Norliza Noordin segera di talian 012 6055244.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

“Smart Parents Brighter Kids” Seminar

Puan Aliza Harun (mantan AJK PIBG 2010/2011) akan menganjurkan satu seminar pendek bertajuk “Smart Parents Brighter Kids – oleh Encik Zaid Mohamad” pada hari Sabtu ini, 2 April 2011 dari 9 pagi ke 11 pagi di Dewan Serbaguna, Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur. Yuran seminar ialah RM20 dan ia dibuka untuk semua.  Mohon talifon Puan Aliza (019-314-6881) untuk maklumat lanjut.  Untuk makluman, berikut ialah biodata Encik Zaid Mohamad.

Zaid Mohamad

Zaid Mohamad is a father of four wonderful kids. He is a senior manager of a global multinational corporation. Outside of work though, he is actively involved in his kids’ school via the Parents-Teachers Association (PTA). He is currently the PTA Chairman for SK Tropicana. One of his missions in life is to be a very involved parent. He strongly believes in the analogy that children are like the white canvas and the parents have the paint and the brush to create their masterpiece. He has read many parenting books to prepare himself as the artist. Over the years, he has also developed his own parenting strategies called the Smart Parents’ Strategies©. He himself was subjected to these strategies when growing up.

His kids are currently benefitting from these strategies – all of them are top students in their classes and are student leaders in their schools.

Zaid strongly believes that many social problems faced by the younger generations today are preventable. Human mind and soul are terrible things to waste. He wants to inculcate that great parenting – if done smartly – is still possible in today’s hurried world and challenging environment. He is praying that all parents will come together and embrace these challenges together and change the world, one kid at a time.

AGM PIBG 2011

Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2011 telah berjalan dengan lancar pada pagi ni, walaupun tanpa kehadiran Pn Pengetua yang sedang bercuti. Majlis yang telah bermula seawal jam 8 pagi ini disaksikan oleh Pegawai Pelajaran Kanan Pengurusan Sekolah Zon Keramat, Tn Hj Mohmad Shofi bin Osman.

Antara perkara-perkara yang hangat adalah:

– pencapaian UPSR yang kurang memberangsangkan dari sudut jumlah yang mendapat 5A. Namun begitu, secara keseluruhannya adalah agak membanggakan kerana sekolah ini berada di kedudukan ke 10/39 di Zon Keramat dan 50/200 di Wilayah Persekutuan. Usaha gigih para guru amatlah dihargai.

– pelantikan AJK baru bagi sesi 2011 berjalan seperti biasa (pencalonan cukup makan) dengan x ahli lama dikekalkan dan y ahli baru dilantik. En Suhaimi telh berjaya dinobatkan sebagai YDP yang baru, menggantikan En Hafizuddeain yang telah kehilangan kerakyatan.

Walaupun secara keseluruhannya majlis ini telah berjalan dengan baik, namun kehadiran pihak ibubapa, seperti tahun-tahun sebelum ini, adalah kurang menggalakkan.

MESYUARAT KALI KEDUA SESI 2011 JAWATANKUASA PIBG SKWMZR10

MESYUARAT KALI PERTAMA SESI 2011 JAWATANKUASA PIBG SKWMZR10

SKWMZR10 – JAWATANKUASA PIBG telah memulakan mesyuarat kali-1 pada tahun 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat SKWMR10 yang dihadiri oleh Penasihat Persatuan Pn.Guru Besar,Tuan YDP,NYDP,barisan pentadbir dan ahli jawatankuasa ibu bapa dan guru. Turut hadir, Tn Hj. Saufi,wakil drp Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat.
Pelbagai perkara diperbincangkan termasuk postmortem dan perancangan akademik,kokurikulum dan pengurusan PIBG. Jawatankuasa telah memutuskan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2010/2011 akan diadakan pada bulan Mac nanti. Mesyuarat AJK ini telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 2.50 petang.