Category Archives: Berita PIBG

Image

Senarai Bayaran Keperluan Persekolahan Tahun 2014

Senarai Pembayaran Keperluan Sekolah

Image

Kenyataan Akhbar Berkaitan Tindakan Sekolah Menangani Fenomena Jerebu Yang Melanda Negara 2014

KENYATAAN AKHBAR KPPM JEREBU 13 Mac 2014

Image

Kenyataan Media KPM – Isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

KENYATAAN MEDIA KPPM ISU PBS

Pelaksanaan PBS ditangguh sementara – KP

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan.

“Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Khair berkata, selaras dengan arahan Menteri Pendidikan supaya kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS, KPM mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya supaya dapat mengurangkan bebanan tugas guru.

“Kajian dan penelitian ini difokuskan kepada rombakan terhadap perkara yang membabitkan kekerapan guru memasukkan data berkaitan eviden dan pencapaian murid, termasuk juga pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru,” katanya.

Dr Khair berkata, di samping memastikan kajian dan penelitiannya dilaksana secara berkesan, KPM juga mengambil beberapa langkah segera bagi menanganinya termasuk menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula pada 17 Februari ini bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.

Beliau berkata, KPM juga akan mengadakan bengkel membabitkan guru termasuk kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula terhadap pelaksanaan PBS.

“Bengkel berkenaan akan dilaksanakan pada awal dan pertengahan Februari ini dan hasilnya akan dibentangkan semula kepada KPM dalam tempoh terdekat.

“Selain itu, pihak KPM akan menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas PBS di peringkat KPM yang mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS,” katanya.

Sementara itu, bagi menangani isu berbangkit berkaitan PBS dengan segera dan berkesan, KPM akan mewujudkan ‘war room’ PBS di peringkat KPM.

“Usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat KPM bagi memastikan guru-guru boleh mengakses sistem berkenaan secara lebih mudah dan berkesan.

“Semua tindakan berkenaan diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa yang sama, mengurangkan bebanan tugas guru yang melaksanakannya,” katanya.

(Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelaksanaanPBSditangguhsementara-KP/Article/?mutakhir)

300 buku teks versi digital boleh diakses

Kuala Lumpur: Semua 10,094 pelajar sekolah rendah dan menengah di negara ini sudah boleh mengakses lebih 300 buku teks versi digital secara percuma menggunakan sistem 1BestariNet.

Sumber berkata, ia boleh diakses secara dalam talian oleh pelajar, ibu bapa dan guru yang mempunyai kata laluan pada bila-bila masa

Katanya, projek itu bagi membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE).

Sedia kemudahan internet

“Penggunaan pembelajaran melalui sistem ini di sekolah pula, bergantung kepada kebijaksanaan guru besar dalam memastikan pelajar berpeluang menggunakan sistem berkenaan kerana semua sekolah sudah dilengkapkan dengan internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu.

“Kita tidak memberi setiap pelajar komputer atau peranti teknologi seperti iPad ataupun tablet, namun peralatan berkaitan termasuk Google Chrome Book diberi kepada sekolah untuk ditempatkan secara kekal,” katanya yang dihubungi BH di sini, semalam.

Semalam, media melaporkan ibu bapa tidak akan menanggung beban kos tambahan berikutan pelaksanaan buku teks versi digital yang akan memudahkan pelajar mengakses pelajaran walaupun ketika bercuti di dalam atau luar negara.
Projek 1BestariNet yang dilaksanakan kementerian melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar.

Mudahkan pembelajaran

Menerusinya, semua sekolah dihubungkan dalam satu pangkalan pembelajaran tunggal menggunakan internet berkelajuan tinggi 4G dan pengguna diberi akses daftar ke dalam program untuk aplikasi pembelajaran Maya Frog, Google Apps untuk pendidikan dan Frog Store.

Beliau berkata, pelaksanaan sistem itu membolehkan pembelajaran mudah alih atau m-pembelajaran dan pembelajaran di mana-mana atau
u-pembelajaran adalah dua trend untuk mengukuhkan inisiatif e-pembelajaran.

“Seperti yang diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berhubung pelajar boleh membawa peranti sendiri seperti iPad atau tablet ke sekolah untuk mengakses buku teks digital, ia juga hasil kemudahan atau infrastruktur disediakan.

“Bagaimanapun, sekiranya pelajar tidak membawa peranti mereka, alatan bantuan pelajaran sememangnya sudah disediakan untuk kegunaan waktu persekolahan dan boleh diakses menggunakan apa juga peranti untuk mengulangkaji atau belajar,” katanya

(Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/300bukuteksversidigitalbolehdiakses/Article/)

Image

Jawatankuasa PIBG Sesi 2014/ 2015

PIBG 2014 2015

Image

Semakan ke Tingkatan 1 SBP Ambilan Ke-2

Semakan Tawaran 2

Image

Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan

Poster kempen Kibar bendera WP 2014-1

Semakan Rayuan Penempatan Murid Berkeperluan Khas 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Rayuan Penempatan Murid Berkeperluan Khas 2014 telah dibuka mulai 24 Januari 2014 sehingga 5 Februari 2014. Sila layari laman sesawang di sini untuk membuat semakan.

(Sumber: http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4024&page%3D1%26keyword%3D%26)

Semakan Tawaran ke Tingkatan 1 di MRSM ambilan 2014

Adalah dimaklumkan bahawa status permohonan Tingkatan 1 ambilan 2014 untuk Maktab Rendah Sains Mara boleh disemak melalui sesawang http://www3.mara.gov.my/Keputusan_MRSMF1/index.htm.

Tarikh pendaftaran masuk adalah pada 3 Februari 2014.

Sila sediakan no. angka giliran UPSR anda.

Selamat Berjaya

Semakan Keputusan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1