Prosedur Am Kemasukan ke MRSM

Prosedur Permohonan ke Maktab Rendah Sains Mara (“MRSM”)
1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR diumumkan secara rasmi.
2. Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak serta salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat http://www.mara.gov.my
4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat:
(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur

Syarat-Syarat Kelayakan masuk ke MRSM
1. Warganegara Malaysia.
2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
(i) Bumiputera tahun enam.
(ii) Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Syarat-syarat Kelayakan Masuk ke MRSM (Agama) Ulul Albab
1. Warganegara Malaysia.
2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
(i) Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
4. Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
5. Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra atau MRSM Gemencheh sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
6. Pemohon ke MRSM (Agama) akan ditemuduga.

Lain-lain syarat kelayakan – keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut:
1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.

Sila ambil maklum bahawa:
1. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi ( SBPI) Kementerian Pelajaran tidak layak memohon ke MRSM.
2. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi.
3. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
4. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
5. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

(Sumber: http://www.mara.gov.my/web/guest/syarat-kemasukan-ke-mrsm)

37 responses to “Prosedur Am Kemasukan ke MRSM

  1. Salam… Boleh saya tahu bila permohonan masuk ke mrsm untuk tingkatan 1 2014

  2. Muhammad Syazani Bin Ramli

    I’m frm Kch Swak , can I apply for MRSM nearby Kuala Lumpur ?

  3. Hamsiah ahmad sairan

    Kalau anak saya sekolah kat sjkc, boleh mohon mrsm tak?

    • Salam Sejahtera,

      Mengikut pemahaman kami, tiada masalah selagi calon memenuhi syarat kemasukan MRSM yang telah ditetapkan. Sila hubungi pejabat Mara Negeri untuk mendapatkan kata-laluan untuk permohonan diatas talian & maklumat lanjut.

      Sekian,

    • Salam Sejahtera,

      Mengikut pemahaman kami, tiada masalah selagi calon memenuhi syarat kemasukan MRSM yang telah ditetapkan.

      Sekian,

  4. 4a 1b boleh apply mrsm x

    • Sila hubungi pejabat Mara Negeri berdekatan untuk maklumat lanjut. Walaubagaimanapun, mengikut pemahaman kami, pihak pejabat Mara Negeri hanya akan memberi kata-laluan untuk permohonan atas talian ke MRSM untuk calon yang mendapat minima 5A sahaja (kecuali calon Sabah/ Sarawak dimana mereka boleh memohon dengan keputusan minima 4A 1B).

      Sekian,

  5. Kalau anak saya dapat mrsm di tempat yang jauh, saya tolak bolih kah, anak saya di tempatkan di SMK balik…

  6. Anak saya bersekolah di SRA Integrasi kerajaan negeri.
    Boleh mohon MRSM akedemik biasa?

  7. slm. blh sy th, bilakah tarikh yg tepat untuk buat semakkan intake 2014.
    Adakah sy akan ditawarkan program selain yg sy mohon?

  8. bila result mrsm igcse?tq

  9. Apa lah , lambat lg dowh, klu ikutkan 30 disember tapi disebabkan banjir ditunda7 januari nanti. Haha xD

  10. suzanawati omar

    bilakah tarikh kemasukan ke mrsm form 1? ada yg kata 31/12 baru2ni..tapi..bila disemak..takde..so, bila tarikh yag betul?

  11. dengar cerita keputusan kemasukan mrsm tingkatan 1 keluar minggu kedua januari

  12. nora.zainun@yahoo.com

    Selmt pagi,sy ingin menanyakan mengenai keputusan samada berjaya atau tidak unk ke mrsm 2014,dan bgaimana cara menyemak keputusan trsebut,sekian terima kasihn

  13. Bolehkah membuat rayuan semula memohon ke mrsm…

  14. boleh ke saya mohon untuk masuk mrsm selepas habis tingkatan 3 2014…..
    syarT macm mane yg dikehendaki…
    selepas mengambil keputusan PT3…

  15. Salam sejahtera. Anak saya dapat 7A dalam upsr tahun 2013, tapi baru sekarang anak saya ingin belajar di mrsm boleh saya memohon sekarang. Terima Kasih.

  16. sekiranya anak saya mendapat 4A 1 B adakah berpeluang untuk memasuki MRSM

  17. bolehkah anak saya memohon memasuki MRSM selepas keputusan tingkatan 3 (PT3) tahun 2014 dikeluarkan apakah syarat2 yang diperlukan

  18. APakah syarat kemasukan pelajar pengambilan 2015 mrsm?

  19. Kalau untuk tahun 2016 ting 4 camne?? Kena result PT3 ke??

  20. klau dapat 4a1b, tapi bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam boleh apply ke?..untuk anak buah saya.

  21. mohon gambaran apakah aspek yang ditanya dalam UKKM Tingkatan satu bagi program MRSM IGSCE?

  22. 4A tak boleh ke tuan ? Sains dan math A . English B . Tolong tuan . Sy aktif dlm sukn dan pelajaran . Sy penolong ketua pngawas tuan . Pertimbangkn alasan sy tuan . Tq

  23. Salam Sejahtera,

    Mengikut pemahaman kami, mendapat keputusan 5A adalah syarat utama untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM.

    Adalah dinasihatkan agar Saudari dapat memohon penyemakan semula kertas Bahasa Inggeris dan jika keputusan semakan untuk kertas Bahasa Inggeris adalah ‘A’, saudari boleh memohon masuk ke Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM untuk kemasukan ke-2 atau ke-3 Ambilan 2015 melalui Kementerian Pelajaran atau MARA.

    Sekian,

  24. Assalamulaikum boleh sy tahu bila keputusan permohonan mrsm akan keluar? Terima kasih

  25. pelajar tingkatan 2

    saya nak masuk untuk tingkatan3 2016 macam mane???

  26. Says nk mohon untuk masuk tingkatan 4 2016?
    Bila tarikh permohonan?

  27. kalau nak mohon untuk tingkatan 4….. bila saya harus memohon?
    dari segi kelayakan ….. saya kena ada keputusan apa?

  28. Assalamualaikum..selepas keluar keputusan sebenar pt3..bolehkan permohonan di isi lagi.adakah tarikh tutup dilanjutkan.mohon reply..

  29. Bolehkah pelajar SMJK menuntut di MRSM

  30. vani andriyani

    Assalmualaikum sorry awal betul nak tanye kalau sy dpat 4A 2B bleh tak…msuk mrsm uluI albab….untuk kepastian…

    • Sdri Vani : Mengikut pemahaman kami, mendapat keputusan 6A (tahun-tahun terdahulu 5A) adalah syarat utama untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM.

  31. macam mne nk tengok smula nom pin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s