Prosedur Am Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh

Prosedur Permohonan Murid ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh
1. Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan
Satu (1) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my .
2. Murid mencetak dua (2) salinan maklumat permohonan.
3. Salinan pertama maklumat permohonan diserahkan kepada Guru Besar
Sekolah masing-masing.
4. Salinan kedua maklumat permohonan dihantar kepada Pengetua SBP
mengikut pilihan murid.

Syarat Pemilihan Murid Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh
1. Warganegara Malaysia
2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK).
3. Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
4. Aktif dalam kokurikulum.

Keputusan Pemilihan dan Penempatan Murid Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh
1. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 45 hari
setelah keputusan UPSR diumumkan.
2. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
• Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my
• Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Cemerlang (“BPSBPSK”)
• Talian hotline BPSBPSK
• Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
3. Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.
4. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
• Warganegara Malaysia.
• Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh
badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau
penyakit berjangkit.
• Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan
menerima aliran yang ditetapkan.
• Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah
Berasrama Penuh yang berkaitan.

(Sumber : http://bpsbpsk.webs.com/)

33 responses to “Prosedur Am Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh

  1. RAZNATHULAINI BINTI MOHD RAZI

    Anak saya tahun ini akan menduduki peperiksaan UPSR. Anak saya adalah warganegara Malaysia dan saya juga adalah warganegara Malaysia. Manakala suami saya iaitu bapa kepada anak saya adalah penduduk tetap. Adakah anak saya layak untuk memohon sekolah berasrama penuh.

  2. tak jumpa pun surat permohonan tu. Boleh bg link penuh?

  3. Boleh bg link penuh dan bila permohonan secara online boleh dibuat?

  4. Aminatul Adilah

    Saya dari sekolah kebangsaan cina, saya mendapat 4A 1B 2C… adakah layak untuk memohon ke sekolah berasrama penuh?

  5. Bilakah permohonan kesekolah berasrama penuh boleh dihantar?

  6. Selamat Sejahtera,

    Untuk tahun 2012 hanya calon yang mendapat sekurang-kurangnya 5 A sahaja layak memohon untuk Sekolah Berasrama Penuh (termasuk MRSM).

    Namun begitu, untuk tahun 2013, sila talifon Kementerian Pelajaran untuk kepastian/ maklumat lanjut.

    Sekian

  7. Salam Sejahtera,

    Permohonan untuk ke Sekolah Berasrama Penuh Kerajaan dan MRSM adalah diatas talian. Untuk permohonan ke sekolah berasrama penuh persendirian (contoh : Kolej Yayasan Saad), permohonan boleh dilakukan diatas talian juga dengan menggunakan keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR. Sila rujuk menu ‘Terkini’ untuk maklumat berkenaan Kolej Yayasan Saad and sebarang maklumat lanjut berkenaan permohonan untuk ke Sekolah Berasrama Penuh.

    Sekian,

  8. Abellla Evaniey

    Salam.Tarikh tamat permohonan bila,ya?

  9. macam mana nak cari borang dia

  10. betul ke kalu dah ditawarkan ke sbp(sek asrama penuh),kita tidak layak/ tidak dibenarkan memohon untuk bersekolah di mrsm?mohon penjelasan.

  11. bukan ke tarikh tutup ke sbp 15 oktober 2013? keputusan upsr ada lah pd bulannovember…..

  12. untuk mengisi borang sbp adakah menggunakan keputusan percubaan upsr atau tunggu keputusan sebenar

  13. Salam Sejahtera,

    Sila rujuk ke menu ‘Terkini’ untuk maklumat berkenaan tarikh tutup ke Sekolah Berasrama Penuh atau sila lawati sesawang http://public.moe.gov.my/. Maklumat berkenaan telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1 September 2013.

    Untuk permohonan ke MRSM, pada tahun 2012, calon-calon yang mendapat sekurang-kurangnya 5A sahaja (terdapat juga khabar angin yang mengatakan 4A 1B untuk calon-calon dari Sabah/ Sarawak) akan diberikan kata-laluan untuk mengakses permohonan ke MRSM diatas talian. Kata-laluan tersebut akan diberikan dipejabat MARA ibu negeri apabila calon atau ibubapa calon menunjukkan slip keputusan UPSR calon (ie. selepas keputusan UPSR diumumkan). Tarikh tutup permohonan ke MRSM akan diumumkan selepas keputusan UPSR diumumkan.

    Untuk makluman, pada tahun 2012, kita telah difahamkan bahawa calon yang telah mendapat tempat ke Sekolah Berasrama Penuh tidak akan ditawarkan ke MRSM (ie. boleh mohon Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM sekali gus). Calon-calon UPSR yang ingin memasuki MRSM akan dipanggil ke temuduga (lokasi temuduga boleh dipilih ketika mengisi borang permohonan diatas talian). Keputusan permohonan ke MRSM hanya akan dikeluarkan setelah keputusan permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh di umumkan (sekurang-kurangnya 2 minggu).

    Sekian,

  14. macam mana nak mendaftar ke asrama penuh

  15. sitti hajizah binti zainal

    salam. bagaimana utk menyemak keputusan permohonan ke tingkatan 1 sbp 2014? ada rakan anak sy yang telah menerima surat panggilan temuduga dan ada yg telah mendapat surat penempatan ke sbp. bagaimanapun bila sy menyemak link yg diberikan, tertera kenyataan ‘keputusan tidak dikeluarkan lagi’.

  16. Salam,
    Anak saya telah mendapat 5A…aktif kokurikulum ada sijil peringkat negeri dan dan sijil penyertaan peringkat kebangsaan tetapi kenapa gagal mendapat tawaran ke SBP?… Mohon penjelasan kerana anak rakan yang kurang aktif penyertaan ko kurikulum diterima pula ke SBP.

    • Salam Sejahtera,

      Sila kemukakan soalan tersebut & sila mohon penjelasan terus dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun begitu, kami percaya yang permohonan rayuan untuk kemasukan ke SBP ambilan ke-2 (atau seterusnya) boleh dibuat terus ke Kementerian Pelajaran.

      Adalah dimaklumkan juga bahawa MRSM hanya akan menawarkan tempat ke Tingkatan 1 2014 kepada calon UPSR yang tidak mendapat tawaran ke SBP.

      Sekian,

  17. Tapi kenapa sampai sekarang saya masih belum terima Surat atau panggilan..walaupun saya memenuhi semua syarat..

  18. Assalamualaikum.

    Saya bercadang untuk menempatkan anak saya di asrama memandangkan saya ada masalah peribadi dan berharap di asrama dia dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pelajaran. namun begitu anak saya hanya mendapat 3b 2c dalam UPSR tahun lepas. Boleh tak encik bagi jalan supaya anak saya dapat sekolah berasrama. terima kasih

  19. Saya hendak memohon sbp tapi saya tingkatan 1 pada tahun ini.Adakah saya boleh mohon sbp.

  20. kwn saya nk masuk sekolah asrama penuh tp ibu bapanya bukn warganegaraboleh ke dia masuk

  21. Wan Khairul Bariah

    Anak saya akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Anak saya terlalu berminat utk memohon ke MRSM jika UPSR cemerlang. Saya tak pasti samada memohon SBP dan MRSM sekali gus atau MRSM sahaja. Anak saya risau jika dia ditawar ke SBP dia dah tak berpeluang masuk MRSM. Saya perlukan cadangan dan pendapat.

  22. Sye tgh menjalani ppriksaan UPSR.
    Bilakah sye bleh memohon?? 😉😉

  23. Saya seorang daripada pelajar ting3 di mna thun ini kmi akan mnduduki pt3.. bolehkah saya dpatkan link penuh utk mgisi borang melalui online.?kerana thun dpan saya ingin memasuki asrama penuh..

  24. aziq aizad bin mohd azaraii

    Upsr anak saya 2A 2B1C pada 2014 adakah sekolah berasrama yg layak untuk saya rujuk ..tq

  25. Tuan , sy dh mohon sbp sejak 1 oktober 2014 . Surat tawaran bila dpt ya ? Tq

  26. UPSR anak saya 2A 2B 1C pada 2015 adakah sekolah yg layak untuk anak saya dalam ujian UPKK Mendapat 6A 2B

  27. apabila kita membuat rayuan sbp, adakah mrsm akn terus dicancel?

  28. Boleh ke memohon SBP untuk kemasukan tingkatan 2. Anak saya tingkatan 1 di sekolah harian. Result UPSR 5A. Result peperiksaan Form 1 sekolah harian anak saya mendapat 9A.

  29. Saya ingin menanya adakah anak saya boleh mendapa SBP aliran yang lain jika dia mohon aliran tahfiz….

  30. Sorry tersilap bukan menanya tapi bertanya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s