Skim Bantuan Persekolahan YPM

Skim Bantuan Persekolahan YPM (SBP) telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin pada 23hb November 2004. SBP ialah skim yang menyediakan bantuan kewangan secara sekali gus (one-off) mengikut kadar yang ditetapkan bagi menampung perbelanjaan persekolahan pelajar dari kalangan pelajar berpendapatan rendah dan sederhana. Skim ini juga berperanan dalam membantu memberi galakan kepada pelajar untuk mempertingkatkan prestasi akademik mereka.

Skim Bantuan Persekolahan Rendah – (SBP – R)

SBP-R melibatkan pelajar sekolah rendah bermula dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Meraka akan diberikan bantuan secara “one-off” sebanyak RM 300.00 bagi menampung pembelanjaan persekolahan mereka.

Kelayakan dan Syarat Memohon
1. Bumiputera warganegara Malaysia;
2. Sedang belajar di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia;
3. Pemohon mestilah tidak menerima apa-apa bantuan kewangan secara tetap daripada kerajaan, agensi kerajaan ataupun mana-mana pihak;
4. Permohonan dikemukakan dengan menggunakan Borang Permohonan yang ditetapkan oleh YPM

Permohonan bantuan SBP boleh dikemukakan kepada YPM dengan melengkapkan borang permohonan dan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
1. Borang Permohonan Bantuan Persekolahan YPM
2.  Senarai Semak Permohonan Bantuan Pendidikan YPM
3. Surat Akuan Pengesahan Pendapatan

Permohonan terbuka sepanjang tahun. Borang Permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen – dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan melalui pihak sekolah kepada Yayasan Pelajaran MARA dialamat berikut :

Seksyen Dana Pendidikan Rendah & Menengah
Yayasan Pelajaran MARA
Tingkat 18, Menara MARA
No 232, Jalan Tunku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur.

Telefon : 03-2692-7273/ 03-2692-7015
Fax: 03-2692-7279

Harap maklum bahawa Borang Permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diproses dan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dimaklumkan. Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada keputusan Pengurusan YPM.

(Sumber : http://webserver.ypm.org.my/index.php/2012-01-13-09-13-59/2012-07-10-06-17-04/skim-bantuan-pendidikan-rendah-sbp-r)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s