Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Pengenalan & Latarbelakang Penubuhan

Keprihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merapatkan jurang pendidikan yang wujud merupakan satu agenda utama dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan selaras dengan aspirasi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Sehubungan itu, segala usaha yang berkaitan dengan Bantuan Persekolahan kepada golongan yang berkelayakan akan sentiasa menjadi keutamaan KPM.

Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa murid yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah dengan harapan berupaya mengurangkan jurang peluang pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Adalah menjadi hasrat KPM untuk membasmi murid yang tercicir daripada persekolahan akibat kemiskinan di samping memberikan golongan ini akses pendidikan yang sama rata dalam menjana kecemerlangan negara.

Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah).

Syarat & Kriteria Kelayakan

Murid penerima bantuan KWAPM mestilah mematuhi kriteria kelayakan seperti berikut:-

  1. Murid miskin warganegara Malaysia Tahun 1 hingga Tingkatan 1/ Peralihan yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan
  2. Murid miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR
  3. Murid miskin yang pendapatan keluarganya berada di bawah *Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional seperti tertera di bawah:-
    WILAYAH MISKIN MISKIN TEGAR
    ISI RUMAH PER KAPITA ISI RUMAH PER KAPITA
    Sem. M’sia RM 720 RM 180 RM 430 RM 100
    Bandar RM 740 RM 185 RM 420 RM 100
    Luar Bandar RM 700 RM 160 RM 440 RM 100
    Sabah & Labuan RM 960 RM 200 RM 540 RM 110
    Bandar RM 970 RM 200 RM 540 RM 110
    Luar Bandar RM 940 RM 190 RM 540 RM 110
    Sarawak RM 830 RM 190 RM 520 RM 115
    Bandar RM 860 RM 190 RM 530 RM 120
    Luar Bandar RM 810 RM 190 RM 500 RM 110

    *Sumber: Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

  4. Murid Orang Asli yang berdaftar dengan eDamak dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR.
  5. Murid Penan yang bersekolah di Sekolah Penan.
  6. Murid BUKAN penerima bantuan kewangan persekolahan seperti Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Biasiswa Sukan (BS), Elaun OKU daripada KPM, biasiswa Kerajaan Negeri, biasiswa swasta dan mana-mana yayasan.

Kadar & Jenis Bantuan

Jenis dan kadar bantuan KWAPM adalah seperti berikut:-

Murid Bantuan Am Persekolahan* Bantuan Bulanan**
Sekolah Rendah RM200 bagi seorang murid setahun RM25 seorang untuk tempoh 10 bulan bagi murid berstatus MISKIN
RM50 seorang untuk tempoh 10 bulan bagi murid berstatus MISKIN TEGAR
Sekolah Menengah RM300 bagi seorang murid setahun RM30 seorang untuk tempoh 10 bulan bagi murid berstatus MISKIN
RM60 seorang untuk tempoh 10 bulan bagi murid berstatusMISKIN TEGAR
Nota:
* Bantuan Am Persekolahan meliputi Bantuan Pakaian Seragam Sekolah /Bantuan Yuran Persekolahan/Yuran Peperiksaan/Bantuan Peralatan Persekolahan dan Bantuan Kes Kecemasan ** Bantuan Bulanan adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan Tabung KWAPM.

Kadar dan jenis bantuan yang diberikan ini adalah tertakluk kepada keupayaan dana Tabung KWAPM dan perubahan boleh dibuat oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan KWAPM di peringkat Kementerian yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPM.

Cara Agihan Bantuan KWAPM

Bantuan kewangan yang diterima melalui dana Tabung KWAPM ini boleh diagihkan oleh Pengetua/Guru Besar kepada murid yang telah disahkan layak menerima bantuan melalui cara berikut: –

BIL JENIS BANTUAN CARA AGIHAN
1. Bantuan Am Persekolahan
(Pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan murid)
  1. Masuk ke akaun murid; atau
  2. Wang Tunai; atau
  3. Barangan
2. * Bantuan Bulanan
(Wang saku dan lain-lain perbelanjaan harian murid)
  1. Masuk ke akaun murid; atau
  2. Wang Tunai
* Nota: Bantuan Bulanan boleh dibayar secara bulanan atau sekaligus.

Tatacara Permohonan Bantuan KWAPM

Semua murid yang KIR berdaftar dengan sistem eKASIH dan murid Orang Asli di bawah Sistem eDamak yang telah disahkan sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR akan diberikan bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan. Sistem eKASIH diselaraskan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) manakala Sistem eDamak diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH, mereka boleh membuat permohonan melalui laman web http://www.ekasih.gov.my

Namun begitu, pembayaran bantuan KWAPM hanya boleh dilaksanakan selepas pemohon dibanci oleh pihak Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan disahkan berada dalam kategori MISKIN atau MISKIN TEGAR.

Bagi murid Penan (yang bersekolah di sekolah Penan), pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan menggunakan Borang Rumusan Permohonan (BRP) dan dikemukakan kepada KPM pada 1 Oktober tahun sebelum (bagi murid Tahun 2 hingga 6) dan pada 1 Februari tahun semasa (bagi murid Tahun 1 dan Tingkatan 1).

Bermula tahun 2011, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM pada 18 Mac 2011 telah memutuskan bahawa pembayaran bantuan KWAPM akan diperluaskan kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 1/Peralihan yang dikenalpasti layak daripada Data Sedia Ada KPM (DSA) di samping data eKASIH dan eDamak. Ia selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Januari 2011 dan Mesyuarat Majlis Tindakan Negara (MTN) pada 6 Ogos 2010 yang memutuskan bahawa sekiranya terdapat mana-mana kemiskinan yang belum disenaraikan tetapi Kementerian dan agensi merasakan ianya adalah layak diberikan bantuan, maka bantuan boleh dipertimbangkan berikutan sistem eKASIH masih dalam fasa permulaan dan belum dapat dibuat secara menyeluruh.

Permohonan DSA dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Individu KWAPM di peringkat sekolah. Borang tersebut diedarkan kepada murid miskin yang pendapatan keluarganya berada di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Sistem Maklumat Murid (SMM) di peringkat sekolah.

Pihak sekolah akan membuat pemilihan murid yang layak melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah yang dipengerusikan oleh Guru Besar/Pengetua sekolah. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan sekurang-kuranganya dua (2) orang wakil ibu bapa daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menyemak dan memperakukan murid yang layak menerima bantuan KWAPM.

Setelah murid yang layak dikenalpasti dan dipersetujui oleh jawatankuasa, pihak sekolah akan mengumpulkan semua maklumat yang diperolehi dengan menyediakan Borang Rumusan Permohonan yang lengkap dan menghantarkan borang tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk disemak/disahkan. JPN merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk menghantar senarai nama yang telah disemak/disahkan ke Bahagian Kewangan KPM untuk diproses.

Bahagian Kewangan akan membuat semakan terakhir sebelum proses pembayaran dibuat. Peruntukan bagi bantuan KWAPM akan dikreditkan terus ke akaun sekolah melalui Electronic Fund Transfer (EFT). Pada peringkat ini, Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah pula perlu memainkan peranan dengan memantau proses agihan bantuan kepada semua murid yang layak berdasarkan syarat-syarat dan peraturan yang berkuatkuasa.

Carta Aliran Proses Permohonan DSA & Pembayaran Bantuan Tabung KWAPM

(Sumber : http://www.moe.gov.my/my/kwapm)

Advertisements

25 responses to “Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

  1. Sy ada mnerima borang bantuan utk 3 0rg ank brsklh Kbgsaan pd pghjg Sept2015..ttapi xde jawapan ape2 dr pihak sek.(mbisu wlau 2, 3X call).xkisah la walau pn mmg xlayak.tapi skrg2 nye mklomkn pd pnjaga samade layak @sbaliknye….mmbuatkn kami trtggu2.lg2 bl kluar dTV.trtekan jg bl jran yg dh dpt $….krap tnye.
    Hrp phk KPM dpt mnyemak smla prmhonan kami…..sedia trma apa jua kptsn jk mmg xlyak.

  2. Akak sayA penah spat bantuan pelajar termiskin, tetapi Hya sekali thin less x dpt. Saya nk Tay ape status ank sayA. Krn saya tiara sumber pencarian Krn suami exciden .

  3. asmei bin jamari

    bila bayaran kwapm 2016 dibuat?

  4. zulkarnainhassan

    Saya mempunyai 7 org anak,yang bersekolah seramai 6 org.minta jasabaik dan memohon agar diberi bantuan sek ren dan menengah sedangkan saya memang layak.saya bekerja sendiri dan berstatus muflis.bantulah saya.

  5. asmei bin jamari

    bila tarikh bayaran kwamp 2016 dibuat ?

  6. noraini binti nor rashid

    Bila bayaran kwapm 2016 dibuat??

  7. Tarikh bayaran kwapm 2016

  8. Bila pembahgian kwapm 2017

    • Bila pemberian kwamp 2017?

      • Mohd kamal bin mat wahid

        Sy dari perlis.ank bersekolah di sekolah rendah felcra lubuk sireh. 2org ank sy penerima bantuan kwapm…tapi utk tahun ini 2017. Sampai skrg pun semua murid yg dpt kwapm masih tak dpat lagi duit bantuan kwapm..sepatutnya dibayar awal utk kegunaan membayar pibg,buku latihan .mohon pihak berwajib ambil tindakan

  9. Bila pemberian kwamp 2017??

  10. norjalilahwaty binti hassan

    Saya adalah Setiap tahun mengisi borang KWAPM.saya dari kelompok eKasih.

  11. Ank saya penerima kwamp tpi mnjadi msalh bila bantuan ini disalurkan ke pihak sekolah krn duit ini akn dibekukan tiba pda suatu ketika dan pda pertengahan atau akhir tahun duit bru msuk ke akaun pelajar.apa guna bantuan klau tidak digunapakai utk kegunaan pelajar tersebut.

  12. Maskinah Masz

    Bantuan kwamp thn 2017 thn ini dh tk mcm dlu lgi ke…
    Thn lpas duit kwamp biasa brjmlah RM200…tpi knpa thn ni 2017 hnya menrima RM100 sje…dn duit awal persekolahan pn tmpat sya dri thn 1,2 dn 3A blum ada diagihkn…hnya thn 3B,thn 4,thn 5 dn thn 6 sja bru diberi…knpa bantuan sekolah thn ni bnyak yg kurang…mohon penjelasan ye pihak bewajib…..

  13. Maskinah Masz

    Saya berharap semoga dpat dinilai dhlu pmberian kwamp dn e-kasih secara yg betul…pda yg benar2 memerlukan….sbb ditmpat sya juga org yg mmpunyai rumah banglo dn mpunyai kereta pn dpat bantuan e-kasih,bukan sja stkat e-kasih biasa…tpi e-kasih tegar…tpi pda org yg bnar2 mmerlukan hnya mnrima bantuan kwamp shja…hrap pihak berwajib selidik dhlu sblum mylurkn bntuan pda yg bnar2 memerlukan dn tpat…

  14. Apa Dah Jadi Dgn Bantuan KWAMPM 2017..

    Inikah Dinamakan Bantuan Kwapm..

    RM100 jerr..

    1 tahun menunggu hanya dapat Rm100..
    Bayar Van Sekolah Pun x Lepas..kesian budak2 yg mengharapkan kwapm..
    Kena withdraw kat bank lg tu..baik agihkan kat sekolah jer..

    Nak cerita panjang sngat..stop dlu la..tq

    • Sis baru dapat ke.. sy tggu smpai skrg x dapat2.. nk bayar yuran ank pun xlepas sis kalau rm100.. nama pun amanah kan patut bg la rm200..

    • Mohd Raafi Bin Ahmad

      Sme la ank sye pon dpt rm100 je huhu ape la cukp Nye tu tmbg skolah pon sme x lps

  15. Anak saya berketurunan org asli tapi pihak sekolah bagi tau anak saya xdapat bantuan kwamp kerana sekolah tersebut tidak di senaraikan dalam sekolah yg beri bantuan tersebut..padahal sekolah tersebut sekolah kerajaan dan kenapa perlu pilih2 sekolah untuk bagi bantuan..sangat tidak adil bagi anak saya..

  16. Mia Cattleeya

    Sakit hati betul..baru dpt kwamp thn ni utk seorg ank saja itupun dah kurang jd rm100..ank dah 2 kali tukar kasut sk..alat2 tulis jgn tanya apalagi kalau ada ank sk menengah..dah nak kiamat baru bg kwamp rasa2 dah xperlu lg kot xmembantu langsung pun nak mengelakkan ank keciciran sk..ank sll xhadir xde transport..kereta mmg xleh pkai lg nak repair beribu reban pun ttp rosak semestinya nak yg baru..nak byr van sk xmampu ..ank 6 ..5 org sk kalau bayaran seorg dah rm50 (plg murah )agak2 camne nak berthn..saya surirmh xkerja sebab ank xde org jaga..nak hantar nursey xmampu..suami kerja sendiri..mekanik je..hasil kais pagi mkn pagi..tu pun kalau phm maksud kiasan ni…tp cuba jugak carik kerja..tp xdelah jumpa kerja yg mesra family..mane ade kerja yg ade time utk family..kalau jd gro pagi2 buta tu mmg melambak xperlu risau ank xde org jage sebab semua dah balik rmh termsk ank yg sk mngh…org ckp kenapa xbeniaga je..jual2 kuih ke..ade jugak hasil…amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..sedapnya mulut ingat beniaga ni pkai air liur je ke..xde modal segala..abis nak beli tpg,gula, minyak ..bhn2 tu bayar guna bulu ye..kalau dah namanya susah..nak makan ari2pun struggle sian ank2 nak beli susu tepung pun xmampu lagi dah…tambah gst ni makin parah pulak..brg2 nak masak tuk berniaga pun perlu modal..mane nak kutip oven,pengukus, dapur lagi..semua benda pakai modal sekarang ni..nak mati pun pakai modal..tipu lah kalau berniaga xde modal sikit byk pun mesti ade punya..kalau bkn dr simpanan , pinjaman atau ape2 pun baru dpt jln bisnes..aku benci betul lah mcmni..yg berkuasa ambik kesempatan mengkayakan diri sendiri..cari kerja kalau xde kabel sampai mampuslah xkerja…yg kaya mkin kaya..kita yg xde apa2 ni yg makin mampus..kalau bg bantuan panggil media sana sini kalau xmsk paper, tv, fb segala jgn arap lah nak hulur tgn bantu..berlagak berlakon hipokrit yg lebih..semua pelakon handalan….meyampahhhhhh..maaf pjg sgt..geram sgt..sekadar meluah sakit hati..ini je yg termampu..nak buat cammane

  17. Tq…1Rakyat 1Mlysia & Berkhidmat utk Msyrkat…seluruh Mlysia.

  18. Suzinawanti saini

    Semalam pihak sekolah telah mengagihkan bantuan kwapm sy heran kenapa anak sy xdapat bantuan tu sedangkan ada pelajar yang sama kelas anak sy tu bapa kja offshore Mak kja cikgu boleh dapat bantuan.sedangkan anak sya bapa cuma sekuriti sy hanya surirumah xdapat bantuan pun.

  19. abd wahab bin abu bakar

    Sy ad di dalam senarai ekasih tetapi anak2 sy tidak pernah mendapat sebarang bantuan seorang di sekolah menengah dan dua di sekolah rendah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s