Najib ucap selamat maju jaya kepada calon UPSR

twitPM.transformed

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelajar yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Selasa depan.

Perdana menteri cuba mengusik guru dan ibu bapa dengan berkata: “Saya rasa ibu bapa dan guru-guru lebih gemuruh berbanding pelajar yang akan duduki UPSR minggu depan!”

“Insya-Allah semua berjaya,” kata Najib dalam catatan terbaharu Twitter beliau.

Sebanyak 473,175 calon mendaftar untuk menduduki UPSR dari 9 hingga 11 September ini.

Menurut Lembaga Peperiksaan, daripada jumlah itu 463,937 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala baki 9,238 adalah calon sekolah swasta.

Sebanyak 8,299 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara bagi peperiksaan itu dan 51,438 petugas dilantik untuk memastikan ia berjalan lancar. – BERNAMA

Hari Kebangsaan Malaysia Ke-57 – Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

tema-dan-logo-kemerdekaan-2014-terkini

maksud-logo-merdeka-2014

maksud-logo-merdeka-2014

Permohonan Murid Berkeperluan Khas ke Tingkatan 1 & 4 di Sekolah Menengah Khas dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Ambilan 2015

ePKhas

(Sumber: http://apps.moe.gov.my/jpkhas/permohonan/)

Jadual Waktu UPSR 2014

Salam Sejahtera,

Jadual waktu untuk UPSR 2014 boleh diakses seperti berikut:

1. Jadual waktu UPSR 2014 untuk Calon Biasa; dan

2. Jadual waktu UPSR 2014 untuk calon berkeperluan khas

Sekian

Pembinaan Struktur Perhentian Bas oleh DBKL – IbuBapa diminta menjaga anak masing-masing ketika berada di kawasan pembinaan

 

Title

 

IMG-20140823-00097

 

IMG-20140823-00098

IMG-20140823-00099

IMG-20140823-00104

 

IMG-20140823-00103

 

IMG-20140823-00105

Program Sekolah Menegah Kebangsaan untuk Ambilan 2015 – Kolej Yayasan Saad & Yayasan Axiata

Anda layak memohon biasiswa ‘National Secondary School Programme’ jika anda memenuhi kriteria berikut:

•Warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia
•Telah mencapai sekurang-kurangnya lima A dalam ujian percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
•Adalah pelajar terbaik (“top ten”) dalam Darjah 4, 5 dan 6 di sekolah rendah
•Aktif dalam sukan, kelab dan persatuan, dan/atau seni persembahan
•Fasih dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, dan kefasihan dalam bahasa lain adalah digalakkan
•Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan luar bandar

Untuk mengakses borang permohonan, anda dikehendaki memberi maklumat lanjut alamat emel, nombor kad pengenalan/surat beranak dan pilihan untuk kata laluan. Emel anda berfungsi sebagai nama pengguna anda. Sila pastikan kata laluan dirahsiakan pada setiap masa.

Anda boleh mengakses borang permohonan in pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup biasiswa. Semua permohonan hendaklah dihantar secara online dan sampai ke pihak kami sebelum tengah malam, 7 September 2014. Sila ambil perhatian: keputusan Axiata adalah muktamad. Dan hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi bagi proses pemilihan yang seterusnya. Pada sebarang masa, anda boleh memeriksa status permohonan selepas permohonan dihantar. Anda cuma perlu mengakses menggunakan kata laluan anda.

Sila pastikan anda ada maklumat berikut sebelum mengisi borang permohonan:
•Butir-butir biasiswa adik-beradik (jika berkenaan)
•Butir-butir pekerjaan ibu-bapa, termasuk majikan dan gaji bulanan akhir diterima
•Keputusan ujian percubaan UPSR
•Penglibatan ko-kurikulum (jika berkenaan)

(Sumber : http://axiata.ablemenprojects.com/2014/secondary/sec_landing_page.php?banner=1)

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Seni 2015

Sekolah Seni 2015

 

http://apps5.moe.gov.my/essem/permohonan/

 

Kenyataan Media : Penipuan Kemasukan Ke Sekolah Sukan Malaysia

Kenyataan Media KPPM 20 Julai

Siaran Akhbar Mara

siaran akhbar mara

Image

Perkemahan Bersepadu Unit Beruniform ke-17 2014

Perkemahan Bersepadu 2014