Daily Archives: June 26, 2012

Sekolah Berprestasi Tinggi boleh melaksanakan autonomi dalam pemilihan murid sebanyak 20%

Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 8 Tahun 2012

Panduan Perlaksanaan Autonomi Pemilihan Murid Sekolah Berprestasi Tinggi.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 13 Tahun 2010, KP (BPSH-SPDK)201/005/01/Jld.3(6) bertarikh 14 Oktober 2010 berhubung Perlaksanaan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Perkara 4.4 dalam Garis Panduan Perlaksanaan Sekolah Berprestasi Tinggi yang disertakan bersama surat pekeliling berkenaan menyatakan bahawa “Sekolah Berprestasi Tinggi boleh melaksanakan autonomi dalam pemilihan murid sebanyak 20%. Autonomi ini membolehkan sekolah memilih dan menentukan jumlah kemasukan murid serta saiz kelas”.

Sila rujuk kepada Surat Siaran yang menerangkan dengan lebih terperinci pelaksanaan dan pengoperasian autonomi pemilihan murid di Sekolah Berprestasi Tinggi dimana perlaksanaan autonomi pemilihan murid ke Sekolah Berprestasi Tinggi adalah bersekali dengan kaedah pelaksanaan dan/ atau peraturan sedia ada bagi penempatan murid.

(Sumber: http://www.moe.gov.my/?id=162&act=pekeliling&cat=19&info=2012)