Monthly Archives: June 2012

Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar oleh IbuBapa diatas talian

IbuBapa dan penjaga kini boleh memeriksa keputusan peperiksaan pelajar diatas talian (on line) melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Untuk sekolah rendah, pada masa kini SAPS hanya menyediakan semakan untuk darjah 3, 4, 5 dan 6 sahaja. Untuk membuat penyemakan, IbuBapa perlu mempunyai No MyKid atau No Sijil Lahir pelajar.

Diantara lain, SAPS diwujudkan untuk kemudahan pengguna-pengguna di setiap peringkat warga Kementerian Pelajaran Malaysia supaya boleh melaksanakan tuguas-tugas pengumpulan data secara lebih sistematik dan praktikal berkaitan, Head-count, data mata pelajaran, enrolmen murid, data guru dan profil sekolah.

Sila rujuk laman web http://saps.moe.gov.my/ (untuk menu utama) atau http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php  (untuk menu semakan)

Sekolah Berprestasi Tinggi boleh melaksanakan autonomi dalam pemilihan murid sebanyak 20%

Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 8 Tahun 2012

Panduan Perlaksanaan Autonomi Pemilihan Murid Sekolah Berprestasi Tinggi.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 13 Tahun 2010, KP (BPSH-SPDK)201/005/01/Jld.3(6) bertarikh 14 Oktober 2010 berhubung Perlaksanaan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Perkara 4.4 dalam Garis Panduan Perlaksanaan Sekolah Berprestasi Tinggi yang disertakan bersama surat pekeliling berkenaan menyatakan bahawa “Sekolah Berprestasi Tinggi boleh melaksanakan autonomi dalam pemilihan murid sebanyak 20%. Autonomi ini membolehkan sekolah memilih dan menentukan jumlah kemasukan murid serta saiz kelas”.

Sila rujuk kepada Surat Siaran yang menerangkan dengan lebih terperinci pelaksanaan dan pengoperasian autonomi pemilihan murid di Sekolah Berprestasi Tinggi dimana perlaksanaan autonomi pemilihan murid ke Sekolah Berprestasi Tinggi adalah bersekali dengan kaedah pelaksanaan dan/ atau peraturan sedia ada bagi penempatan murid.

(Sumber: http://www.moe.gov.my/?id=162&act=pekeliling&cat=19&info=2012)

Majlis Sukaneka, Sukan Tahunan dan Cuti Peristiwa

Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R-10 akan mengadakan Majlis Sukaneka dan Sukan Tahunan Kali Ke-15.

Majlis Sukaneka
Tarikh : Jumaat, 29 Jun 2012
Masa : 8:00 pagi ke 12:00 tengahari
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R-10

Sukan Tahunan Kali Ke-15
Tarikh : Sabtu, 30 Jun 2012
Masa : 8:00 pagi ke 12:00 tengahari
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R-10

Sama-samalah kita memberi sokongan kepada pelajar-pelajar serta memeriahkan Sukan Tahunan Kali Ke-15.

Untuk makluman, hari Isnin 2 Julai 2012 adalah cuti sempena Majlis Sukaneka dan Sukan Tahunan Kali Ke-15. Sekolah akan dibuka seperti biasa pada hari Selasa, 3 Julai 2012.

Sukan Sekolah 2011

Sukan Sekolah 2011

Sukan Sekolah 2011

Sukan Sekolah 2011

Sukan Sekolah 2011

Draf Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2012

Draf Jadual Peperiksaan UPSR 2012

IbuBapa serta pelajar Tahun 6 – mohon ambil perhatian kepada draf Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2012.

Tertakluk kepada sebarang pindaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

(Sumber: http://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=294:jadual-waktu-peperiksaan-waktu-upsr-2012&catid=48&Itemid=69)

Permohonan Kemasukan Sekolah Seni Malaysia – Tingkatan 1 Sesi 2013

Sekolah Seni diwujudkan agar dapat meningkatkan potensi dan bakat pelajar dalam bidang kesenian di Malaysia. Visi Sekolah Seni ini adalah menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia.

Ketika ini terdapat tiga buah Sekolah Seni iaitu Sekolah Seni Kuala Lumpur, Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching yang diuruskan di bawah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sekolah Seni Kuala Lumpur adalah sekolah seni yang terbaru dan ini adalah pengambilan pertama.

Permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia bagi pengamblan pelajar ke tingkatan satu sesi 2013 boleh dibuat sekarang. Mereka yang mendapat tawaran akan masuk ke salah satu Sekolah Seni ini pada Januari 2013.

Syarat Asas
§ Warganegara Malaysia
§ Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian berikut: seni visual, seni muzik, seni tari atau seni teater.
§ Memperoleh keputusan minimum 3B atau setara dalam UPSR tahun 2012
§ Lulus sesi uji bakat

Bidang
Empat bidang kesenian yang ditawarkan ialah :
§ Seni Visual
§ Seni Teater
§ Seni Tari
§ Seni Muzik

Permohonan
Kaedah Permohonan
§ Permohonan Terbuka
§ Pemilihan berdasarkan sesi uji bakat oleh sebuah panel khas
§ Cadangan oleh badan kesenian negeri atau kebangsaan

Pengambilan utama adalah terdiri daripada murid-murid Tingkatan 1. Walaupun begitu ambilan juga dibuka bagi kemasukan di peringkat pengajian Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 atas keperluan kes-kes tertentu.

Permohonan Terbuka
§ Permohonan terbuka secara online boleh dibuat dilaman web Sistem Permohonan ke Sekolah Seni Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sumber: http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan/)
§ Sila rujuk Panduan Permohonan untuk membantu mengisi borang permohonan.

Uji Bakat
§ Satu sesi uji bakat dihadapan Panel Pemilih KPM akan diadakan.
§ Hanya mereka yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi uji bakat.
§ Di antara elemen yang akan diuji semasa ujian bakat adalah seperti:
(a) Tidak buta warna
(b) Cara komunikasi yang baik dan memuaskan;
(c) Mempunyai ketrampilan dan pesonaliti yang baik

Tarikh Tutup
§ Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Tingkatan 1 2013 adalah pada 15 Julai 2012.

Kemudahan
§ Kemudahan yang disediakan di Sekolah Seni adalah berkonsepkan sebuah sekolah berasrama penuh. Kemudahan-kemudahan ini membolehkan murid-murid menjalani proses pengajaran dan pembelajaran akademik, latihan kesenian dan kebudayaan, serta aktiviti kokurikulum dan riadah secara berjadual dan terancang.

§ Bangunan dan kemudahan asas di Sekolah Seni memerlukan bangunan dan kemudahan asas yang bercirikan reka bentuk menarik dan persekitaran yang kondusif bagi murid-murid membangunkan bakat mereka dalam bidang seni, selain daripada pembelajaran akademik.

§ Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Kompleks Seni adalah bagi tujuan persembahan hasil kerja murid, sama ada bagi maksud penilaian, mahupun persembahan apresiasi seni di peringkat sekolah.

§ Peralatan sokongan kesenian adalah merangkumi kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang berteraskan peralatan moden sesuai dengan pembangunan dan perkembangan dalam dunia seni, teknologi dan kehidupan sosial semasa.

Maklumat
§ Sila rujuk laman web Kementerian Pelajaran, Sekolah Seni Kuching dan Sekolah SeniJohor Bahru untuk mendapatkan maklumat lanjut.

§ Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia 2010 dan 2011 sebagai panduan.

§ Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan Sekolah Seni sila hubungi:
(a) En Abdul Haleem bin A Rahman/ 03-88721620/ Email : haleem.rahman@moe.gov.my
(b) En. Romai Noor bin Rabbu/ 03-88721647/ Email : romainoor@moe.gov.my

§ Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM juga boleh dihubungi di talian 03 8872 1610 atau faks 03 8872 1608.

(Sumber : http://eputra.visibli.com/7246e3932c31aa84/?web=a89518&dst=http%3A//eputra.my/)

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet untuk pelajar Tahun 6 (Program Zoom-A)

Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) telah menyediakan satu kaedah Pembelajaran Interaktif Melalui Internet yang dikenali sebagai Zoom-A bagi memenuhi hasrat Kerajaan Malaysia ke arah perluasan Sekolah Bestari.

Program Zoom-A ini terdiri daripada 4 pengisian berikut:
(a) Zoom-A – Penjana Kecemerlangan Akademik (terdapat lebih 250,000 soalan latihan)
(b) Galeri A – Gedung Ilmu Pengetahuan Sokongan (perpustakaan digital dengan 13 jenis pengisian P&P)
(c) WebMel – Dimensi Baru Komunikasi Global (E-mel peribadi pelajar)
(d) WebEdit – Modul Membina Laman Web

Laman web Zoom-A dapat dilayari melalui laman web GMGBM di http://www.gmgbm atau laman web Zoom-A di http://www/zoom-a.com.

Setiap pelajar yang ingin melangan program Zoom-A akan dikenakan yuran perkhidmatan sebanyak RM10 setahun untuk mendapat kata laluan masing-masing. Bayaran perlu dibuat kepada Guru Kelas secepat mungkin.

Sila rujuk kepada surat dari pihak Sekolah kepada pelajar bertarikh 13 Jun 2012.

Kekangan Guru Akan Diatasi kata YB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kosmo Online – 19 Jun 2012

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu kemanusiaan menjadi antara faktor utama menyebabkan masalah penempatan guru masih berlaku sehingga menimbulkan masalah kekurangan guru di sesetengah sekolah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelajaran tidak dapat memenuhi tuntutan sebenar keperluan guru di sekolah-sekolah apabila rayuan diterima daripada guru setiap kali arahan perpindahan dikeluarkan.

“Guru adalah golongan yang dekat dengan masyarakat dan apabila telah tinggal lama di sesuatu tempat, sudah bersuami atau beristeri dan beranak-pinak.

“Apabila kami memerlukan pertukaran berlaku atau penempatan semula di tempat-tempat yang berlaku kekurangan guru, kami menghadapi masalah,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selain rayuan daripada guru berkenaan, kadang-kadang wujud campur tangan orang politik yang memberikan surat sokongan supaya perpindahan tidak dilakukan.

Syor Rekod disiplin syarat ke Sekolah Berasrama Penuh

Berita Harian Online
Oleh Syuhada Choo Abdullah – choo@bharian.com.my
18 Jun 2012

Kementerian dicadang perkenal mekanisme pantau tingkah laku pelajar

KUALA LUMPUR: Rekod disiplin dan sahsiah pelajar wajar dijadikan kriteria dalam mempertimbangkan permohonan biasiswa atau kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) dan universiti.

Bagi tujuan itu, Kementerian Pelajaran dicadang memperkenalkan mekanisme untuk memantau dan merekod secara berterusan melalui penilaian di sekolah untuk mengenal pasti perkembangan sahsiah dan disiplin setiap pelajar bermula dari Tahun Satu.

Sudah sampai masanya aspek sahsiah dan disiplin tidak lagi hanya diajar sebagai mata pelajaran, tetapi diberi penekanan lebih berat melalui penilaian terhadap amalan sebenar supaya ia dapat dihayati dengan berkesan oleh pelajar di sekolah dan ibu bapa, kata Muhamad Khailani Abdul Jalil, Yang Dipertua MPSM.

Cadangan itu adalah sebahagian daripada kandungan memorandum dikemukakan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) kepada kerajaan sebagai input kepada transformasi sistem pendidikan negara yang sedang dirangka.

Yang Dipertua MPSM, Muhamad Khailani Abdul Jalil, berkata kriteria itu dapat mendidik dan memupuk pelajar supaya sentiasa peka kepada kepentingan sahsiah, sekali gus membantu mengatasi masalah disiplin di sekolah.

“Antara komponen penilaian boleh diambil kira dalam pemantauan terhadap sahsiah dan disiplin pelajar ialah sikap, tingkah laku dan kehadiran ke sekolah. Malah, boleh diperkenalkan sistem merit dan demerit untuk menilai disiplin pelajar.

“Sudah sampai masanya aspek sahsiah dan disiplin tidak lagi hanya diajar sebagai mata pelajaran, tetapi diberi penekanan lebih berat melalui penilaian terhadap amalan sebenar supaya ia dapat dihayati dengan berkesan oleh pelajar di sekolah dan ibu bapa.

“Ukuran kecemerlangan seseorang pelajar tidak harus terbatas kepada pencapaian akademik semata-mata, tetapi perlu holistik meliputi kokurikulum, kepemimpinan dan kemasyarakatan, sahsiah serta disiplin yang dilihat penting untuk pembinaan karakter generasi muda negara.

“Semua pembaharuan ini mesti berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk masa depan. Falsafah sedia ada sudah bagus dan tidak perlu digugurkan, cuma pelaksanaannya boleh ditambah baik dari semasa ke semasa,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Dalam pada itu, Muhamad Khailani, berkata dalam memorandumnya, MPSM turut meminta kerajaan terus mengekalkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.

“Ini berikutan melalui Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN) 2012 yang sedang berlangsung, dilihat ada kecenderungan sesetengah peserta yang mahu supaya diwujudkan semula sekolah aliran Inggeris sebagai pilihan dalam sistem pendidikan negara.

“Kita tak setuju. MPSM akan bergabung usaha dengan pejuang bahasa untuk memastikan bahasa Melayu kekal sebagai bahasa pengantar tunggal dalam sistem pen-didikan negara seperti termaktub dalam Dasar Bahasa Kebangsaan dan Penyata Razak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata hasil perbincangan siri DNPN 2012 yang kini memasuki fasa pertengahan akan diserahkan kepada Pengerusi Panel Penilai Bebas Kajian Semula Sistem Pendidikan Negara, Profesor Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, Ogos depan.

Panel itu sudah menjelajahi lima tempat setakat ini, iaitu Putrajaya, Labuan, Miri, Shah Alam dan Pulau Pinang, manakala yang terakhir di Johor Bharu akan diadakan bulan depan.

(Berita Harian Online: 18 Jun 2012)

Schools should get PTAs, NGOs to help shape personality of students

The Daily Sun http://www.thesundaily.my/news/404000

KUALA LUMPUR (June 11, 2012): The Education Ministry has issued guidelines for schools to hold joint programmes with parent-teacher associations and non-governmental organisations in an attempt to add value to efforts to shape the personality of students, the Dewan Rakyat was told today.

Deputy Minister Datuk Dr Wee Ka Siong said the responsibility was widened so that teachers would not be burdened beyond teaching hours.

“We have also involved teachers but not up to the point that they have to return to school even on Saturdays. That is why we have set the guidelines on having joint programmes with the PTAs and NGOs. This must be adhered to,” he said when replying to a question from Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) on the extent of the priority given to teachers in overcoming negative social problems faced by students.

Wee said the ministry would consider the justification of a proposed programme so as not to burden teachers.

“However, in addressing the social problems, we should not only look at the school’s point of view but also the perspective of society,” he said.

Responding to a supplementary question, from Datuk Ismail Kasim (BN-Arau), on a proposal to have special examinations to enable non-graduate teachers to be promoted to Grade DG41, Wee said the ministry had provided many opportunities to teachers to further their studies.

He said this included offers to further their studies to acquire a degree at teacher training institutions.

“For those who cannot afford to do so, the recently improved salary scheme also gives them an opportunity to earn salaries higher than that of Grade DG41 based on seniority,” he said.

Wee said teachers who were prepared to further their studies in public universities had a better chance of moving up in their career, including getting promoted up to Grade DG54.

(Source : Bernama/ The Sun)

School guide to reduce burden on teachers

12 June 2012 – 05:31am
The Sun http://www.thesundaily.my/news/404817

THE Education Ministry has issued guidelines for schools to hold joint programmes with parent-teacher associations and non-governmental organisations to add value to the efforts to shape the personality of students.

Deputy Minister Datuk Dr Wee Ka Siong said the responsibility was widened so that teachers would not be burdened beyond the teaching hours.

“We have also involved teachers but not up to the point that they have to return to school even on Saturdays. That is why we have set the guidelines. This must be adhered to,” he said when replying to a question from Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang).

Wee said the ministry would consider the justification of a proposed programme so as not to burden teachers.

“However, in addressing the social problems, we should not only look at the school’s point of view but also the perspective of society,” he said.

Responding to a supplementary question from Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) on a proposal to have special examinations to enable non-graduate teachers to be promoted to Grade DG41, Wee said the ministry had provided many opportunities to teachers to further their studies. He said this included offers to to acquire degrees at teacher training institutions.

“For those who cannot afford to do so, the improved salary scheme gives them an opportunity to earn salaries higher than that of Grade DG41 based on seniority,” he said.

Wee said teachers who were prepared to further their studies in public universities had a better chance of moving up, including getting promoted to Grade DG54.

(Source: The Sun/ Bernama)